Banci Orang Asli 10 April hingga 25 Mei 2017 JAKOA
Banci Orang Asli
10 April hingga 25 Mei 2017
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menjalankan Banci Orang Asli 2017 bermula 10 April sehingga 25 Mei 2017 di semua perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Tujuan Banci ini dijalankan adalah untuk mengemaskini data Masyarakat Orang Asli. Antara maklumat yang akan dipungut semasa banci adalah butir-butir peribadi seperti nama, no. kad pengenalan, pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan kemudahan-kemudahan asas yang ada di sekitar penempatan masyarakat Orang Asli.
Sehubungan itu, JAKOA memohon agar semua masyarakat Orang Asli dapat memberikan kerjasama kepada Pembanci-pembanci yang juga merupakan Pegawai JAKOA semasa proses banci berjalan. Maklumat yang dipungut semasa bancian ini akan digunakan sebagai input bagi merangka serta merancang program-program pembangunan Masyarakat Orang Asli. Bersama kita menjayakan Banci Orang Asli 2017.
#banciorangasli2017
#tugasmulia
#jakoamalaysia
#orangaslihebat
-
Lampiran / Attachment: