Pembangunan SosioEkonomi

Laman Utama » Umum » Pembangunan SosioEkonomi

Pengenalan

Isu kekurangan prasarana di perkampungan Orang Asli, kadar kemiskinan yang tinggi, isu pendidikan dan perubahan minda dalam kalangan masyarakat Orang Asli merupakan isu utama yang sering diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Justeru itu, usaha-usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli telah menjadi fokus utama JAKOA menerusi Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (PSE) yang menjadi ‘Focal Point’ untuk mencapai matlamat dan menentukan semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat Orang Asli serta mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum.

Pencapaian tahun 2019

Bahagian Pembangunan Sosioekonomi telah menyusun strategi dan rangka pembangunan yang inklusif dan lebih. Bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat Orang Asli, bahagian ini telah menyelaras sejumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan meliputi program/projek teras seperti berikut.

Jadual : Pecahan agihan peruntukan pembangunan sosioekonomi bagi tahun 2019

Bil.Nama Program/ProjekPeruntukan (RM)
1.Pengambilan balik tanah/ukur 143,3554.20
2.Program Pembangunan Bersepadu Sungai Siput, Perak10,632,700.00
3.Pembinaan Cascade dan Monsoon Drain serta peralatan dewan surau dan tadika di Sg Ruil, Cameron Highland5,365,500.00
4.Program Pembangunan Infrastruktur Di  Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia22,634,500.00
5.Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Gua Musang Kelantan3,500,000.00
6.Program Pembangunan Ekonomi 19,280,600.00
7.Program Pembangunan Usahawan1,000,000.00
8.Projek Bekalan Air Terawat di Perkampungan Orang Asli10,000,000.00
Jumlah73,846,854.20
9.Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) -PPRT6,700,000.00
Jumlah6,700,000.00
Jumlah Keseluruhan 80,546,854.20

 

Projek Ukur Keliling Tanah Penempatan Orang Asli/ Pengambilan Tanah (PBT)

Skop projek melibatkan urusan permohonan pemilikan tanah Kerajaan Negeri untuk dijadikan milik Kerajaan Persekutuan yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan digunakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia selaku agensi pengguna. Di samping itu, skop projek juga melibatkan urusan pengambilan tanah berdaftar milik individu melalui proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) dan selaras dengan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Disemak 1974). Tujuan pengambilan adalah untuk digunakan sebagai kawasan penempatan dan pembangunan khusus untuk masyarakat Orang Asli. Skop projek diperluaskan kepada urusan mengukur tanah kawasan penempatan Orang Asli bagi penyediaan Pelan Pelbagai dan Pelan Akui (PA) untuk tujuan perancangan pembangunan tanah dan permohonan kelulusan pewartaan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli atau Rizab Orang Asli di bawah Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Disemak 1974).

Sejumlah RM1,500,000.00 telah diperuntukkan pada tahun 2019 bagi tujuan melaksanakan projek Pengambilan Balik Tanah/Ukur dan sebanyak RM1,433,554.20 (95.6%) telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja ukur 9 lokasi kawasan penempatan Orang Asli di 4 buah negeri melibatkan keluasan tanah seluas 675.77 hektar untuk manfaat seramai 1702 Ketua Isi Rumah (KIR)

Jadual : Prestasi Perbelanjaan dan Pencapaian Fizikal Projek Kerja Ukur Keliling mengikut Negeri bagi tahun 2019

Prestasi Perbelanjaan

Prestasi Fizikal

Bil.

Negeri

Perbelanjaan  (RM)

KIR

Luas (Hektar)

Bil. Kampung

1.

Pahang

717,300.04

 

77.44

2

2.

Selangor

 

3.

N. Sembilan

 

4.

Melaka

183,503.79

 

85.23

3

5.

Perak

467,834.97

 

477.6998

3

6.

Kelantan

64,915.40

 

35.41

1

Jumlah

143,3554.20

 

675.77

9

 

Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak

Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 melibatkan 28 perkampungan Orang Asli di Sungai Siput, Perak dengan jumlah penduduk seramai 4, 300 orang. Perancangan bagi pembangunan di kawasan ini melibatkan lima penempatan utama iaitu Kampung Bawong, Pos Perwor, RPS Legap, Pos Yum dan Pos Kuala Mu.

Unit Perancang Ekonomi, JPM telah meluluskan kertas konsep pembangunan perkampungan Orang Asli Sungai Siput (U) berdasarkan pendekatan bersepadu dan komprehensif yang merangkumi komponen seperti berikut:

  1. Projek Jalan Perhubungan;
  2. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB);

iii. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT);

  1. Projek Ekonomi (tanaman getah, koko dan tanaman kontan);
  2. Kemudahan Awam;
  3. Projek Eko Pelancongan;

vii. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan; dan

viii. Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Bawong (Mini RTC) merangkumi komponen berikut masjid, sekolah menengah, dewan orang ramai, kompleks perniagaan dan terminal pengangkutan awam darat.

Jadual : Projek – projek fizikal yang telah siap pada tahun 2019

Bil.

Projek

Kos

(RM)

Tarikh
Siap

1.

Masjid
Kampung Bawong

1,621,027.50

21 Jun 2014

2.

Sekolah
Menengah & Asrama Bawong

26,683,170.95

30 Jun 2016

3.

Menaiktaraf
Jalan Kampung Bawong ke RPS Legap 25.5km

27,270,653.04

20 Februari 2017

4.

Menaiktaraf
Jalan dari RPS Legap ke kampung Orang Asli Beswok 22km

23,747,666.73

17 November 2016

5.

Menaiktaraf
Jalan RPS Legap ke Pos Perwor 9km

16,483,396.21

22 Julai 2016

6.

Pembinaan
100 unit PPRT

4,000,000.00

31 Disember 2014

 

Pada tahun 2019, sebanyak RM4,994,136.54 telah dibelanjakan bagi pembayaran kemajuan projek yang sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti pembinaan jalan perhubungan dan pembinaan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC). Projek pembinaan OAOSC dijangkakan akan dapat disiapkan pada awal tahun 2020.

Program Pembangunan Infrastruktur di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia Program pembangunan ini meliputi komponen pembinaan jalan perhubungan, pembinaan rumah PPRT dan penyediaan kemudahan bekalan elektrik di perkampungan Orang Asli. Program ini dilaksanakan secara khusus bagi menangani isu-isu ketiadaan kemudahan asas di kawasan perkampungan Orang Asli diseluruh Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2019,  sebanyak  RM9,063,169.00 peruntukan telah diluluskan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan pembayaran  melibatkan perbelanjaan sebanyak  RM8,859,334.57  (97.75%) dan pecahan peruntukan dan perbelanjaan mengikut negeri dan agensi adalah seperti berikut.

Jadual : Program Pembangunan Infrastruktur Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia bagi tahun 2019

Bil.

Negeri

Peruntukan

(RM)

Perbelanjaan

(RM)

Peratus

(%)

1.

Ibu Pejabat

1,762,200.71

1,762,200.71

100.00

2.

Johor

542,941.00

486,022.00

89.52

3.

N.Sembilan/Melaka

850,000.00

849,944.00

99.99

4.

Pahang

547,803.59

547,035.59

99.86

5.

Selangor

223,493.45

223,493.45

100.00

6.

Perak

1,121,424.55

1,121,424.55

100.00

7.

Kelantan

2,065,810.64

1,919,719.21

92.93

8.

Jabatan Kerja Raya

1,949,495.06

1,949,495.06

100.00

Jumlah

9,063,169.00

8,859,334.57

97.75

  Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Gua Musang Kelantan EPU telah meluluskan pelaksanaan program ini berdasarkan kejayaan pelaksanaan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak. Program ini dilaksanakan pada tahun 2017 sehingga tahun 2023, bertujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana dan ekonomi secara bersepadu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di Daerah Gua Musang, Kelantan. Sebanyak 68 buah kampung dengan 7,150 jumlah penduduk terlibat dengan program pembangunan ini. Skop projek merangkumi komponen berikut; i. Projek Jalan Perhubungan; ii. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB); iii. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT); iv. Projek Ekonomi (tanaman getah, koko dan tanaman kontan); viii. Pembangunan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) merangkumi komponen seperti dewan orang ramai, kompleks perniagaan dan terminal pengangkutan awam darat. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Program bantuan rumah kepada masyarakat Orang Asli oleh JAKOA sehingga kini masih belum diluluskan oleh MEA untuk dilaksanakan. Sebelum tahun 2018 JAKOA Terdapat keperluan yang semakin meningkat khususnya di negeri Pahang, Perak, dan Kelantan untuk pembinaan rumah baharu setiap tahun Pada tahun 2019 JAKOA telah diberi kuota sebanyak 120 unit bagi bina baharu rumah manakala 55 unit bagi baikpulih rumah di perkampungan Orang Asli. Walau bagaimanapun KPLB telah melantik GIATMARA sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) peruntukan yang di peruntukan adalah berjumlah RM 6.7 juta. Sumber peruntukan yang diterima adalah seperti di bawah :

Jadual : Prestasi Perbelanjaan dan Pencapaian Fizikal PPRT di bawah Peruntukan KPLB sepanjang tahun 2019

 

Bil.

 

Negeri

Skop (Unit)

Bina Baru

Baik Pulih

1.

Pahang

40

10

2.

Perak

30

15

3.

Negeri Sembilan & Melaka

10

5

4.

Selangor

10

5

5.

Johor

10

5

6.

Kelantan & Terengganu

20

15

 

Jumlah

 

120

 

55

  Program Pembangunan Ekonomi Berdasarkan kepada teras kedua Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu membasmi kemiskinan tegar dan membantu mengurangkan separuh kadar kemiskinan, JAKOA telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan ekonomi yang berdaya maju dan program keusahawanan hasil yang mempunyai nilai pasaran. Antara projek-projek pembangunan ekonomi yang dilaksanakan ialah projek ladang komersial dengan kerjasama agensi RISDA/ FELCRA, ladang masyarakat, tanaman kontan jangka pendek, ternakan dan pembangunan usahawan menerusi bantuan kelengkapan premis perniagaan dan program keusahawanan.

Jadual : Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan Ekonomi mengikut Negeri bagi tahun 2019

Bil.

Negeri

 

Peruntukan  (RM)

Perbelanjaan (RM)

Peratus

(%)

1.

Johor

215,000.00

114,763.00

53.37

2.

Kelantan

1,609,620.00

1,441,739.30

89.57

3.

N.Sembilan & Melaka

373,750.00

233,619.90

 

62.50

4.

Pahang

2,068,710.00

1,577,406.10

76.25

5.

Perak

616,200.00

604,852.00

98.15

6.

Selangor

420,000.00

157,108.00

37.40

7.

Ibu Pejabat

14,882,239.00

100

 

Jumlah

 

19,280,600.00

 

19,011,727.30

 

98

Jadual : Ringkasan Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli bagi tahun 2019

Bil.

Projek

Bil.

Projek

Bil.

Peserta

Pencapaian (Unit)

Perbelanjaan (RM)

1.

Projek Tanam Semula Komersial Orang Asli

 (TSK OA)

13

1,120

 

14,882,239.00

 

2.

Projek Ladang Masyarakat (PLMOA)

27

1285

 

3,049,929.00

 

3.

Hands Holding

19

72

 

580,933.60

 

4.

Pengembangan Pertanian

2

70

 

15,373.00

 

6.

Program Agro Pelancongan (ADS1M)

 

7.

Bantuan Input Pertanian

26

468

 

585,245.60

 

Jumlah

87

3,015

 

19,113,720.20

Unit Pertanian dan Perladangan menjalankan projek-projek pembangunan ladang dengan tanaman komoditi getah dan kelapa sawit secara komersial dengan outcomes melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perladangan dan telah menghasilkan pendapatan tambahan melalui bayaran dividen serta upah kerja. Skop projek merangkumi pembangunan ladang baru dan pembinaan infrastruktur ladang melibatkan rakan sinergi dari agensi RISDA dan FELCRA. Pada tahun 2019, unit ini telah diperuntukkan sejumlah RM 17,309,807.00 untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang TSK dan infrastruktur ladang melalui agensi RISDA. Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan dividen kumpulan sasar melalui hasil projek ladang dan menambah peluang pekerjaan di kawasan penempatan Orang Asli. Prestasi Sub-Projek Pembangunan Ladang Getah Melalui Pendekatan Projek Pembangunan Ladang Masyarakat Projek Pembangunan Ladang Masyarakat diimplementasikan sebagai projek perintis yang berasaskan konsep perladangan dengan upah berinsentif (incentive wage concept) kepada Masyarakat Orang Asli yang masih dibelenggu dengan isu kemiskinan dan taraf sosioekonomi yang rendah. Konsep perladangan baru ini direncanakan khas bagi memastikan peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan sasaran seperti yang dirancang dengan penumpuan terhadap tanaman getah. Pada tahun 2019, Unit ini telah menerima peruntukan sebanyak RM1,937,755.89 dan telah dibelanjakan 95.98% bagi melaksanakan Projek Ladang Masyarakat Orang Asli (PLMOA) yang berteraskan penanaman pokok getah dengan objektif untuk melahirkan pekebun-pekebun kecil getah dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya meningkatkan sumber ekonomi mereka

Jadual : Prestasi Fizikal dan Perbelanjaan Projek Pembangunan Ladang Masyarakat Mengikut Negeri bagi tahun 2019

Bil.

Negeri

Maklumat

Peruntukan

(RM)

Perbelanjaan (RM)

Bil.

Projek

Bil.

KIR

Bil.

Hektar

1.

Johor

1

10

5.66

15,000.00

14,920.00

2.

Negeri Sembilan

6

69

92.26

155,750.00

127,199.90

3.

Pahang

6

676

767.5

1,818,710.00

1439399.00

4.

Perak

6

169

205.17

316,200.00

309,499.00

5.

Selangor

1

40

16.90

60,000.00

56,480.00

6.

Kelantan

7

321

427.36

1,406,120.00

1102431.10

Jumlah

27

1285

1,514.85

3,771,780.00

3,049,929.00

  Program Pembangunan Keusahawanan Orang Asli Program Pembangunan Usahawan JAKOA dilaksanakan untuk mewujudkan golongan usahawan Orang Asli yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan. Fokus utama dalam Pembangunan Keusahawanan adalah untuk membantu usahawan Orang Asli mengembangkan perniagaan mereka. Skop bantuan yang diberikan secara geran adalah berbentuk premis perniagaan, peralatan perniagaan/ pertanian/ penternakan, kursus, termasuk ubah suai bangunan/ premis perniagaan. Bantuan yang diberi dalam bentuk peralatan perniagaan adalah pembelian mesin dan alatan yang bersesuaian dengan bidang perniagaan yang diceburi seperti kedai runcit, kedai makan, kedai jahit, bengkel kenderaan, kafe siber, kedai kraftangan dan lain-lain. Program ini bermatlamat membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan seiring dengan dasar Kerajaan melahirkan lebih ramai golongan M40. Disamping itu, JAKOA turut melaksanakan program bimbingan seperti kursus, latihan dan pameran dan jualan produk bagi mempromosi produk keluaran usahawan Orang Asli. Bimbingan Usahawan Pada tahun 2019, sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukkan bagi pembinaan premis perniagaan dan bantuan peralatan kepada usahawan di negeri-negeri seperti berikut.

Jadual : Prestasi Perbelanjaan bagi Projek Pembinaan dan Bantuan Peralatan bagi tahun 2019

Bil.

Negeri

Peruntukan

(RM)

Perbelanjaan

(RM)

Peratus

(%)

Bil. Peserta

1.

Pahang

200,000.00

215,000.00

107.50%

11

2.

Perak & Kedah

200,000.00

98,000.00

49%

10

3.

Selangor & WP

150,000.00

102,000.00

68%

7

4.

N. Sembilan & Melaka

150,000.00

105,000.00

70%

12

5.

Johor

150,000.00

106,120.00

70.74%

7

6.

Kelantan & Terengganu

150,000.00

45,000.00

30%

7

Jumlah

1,000,000.00

671,120.00

67.11%

54

 

Kursus dan Latihan Keusahawanan Sebanyak enam (6) jenis kursus telah dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Usahawan, JAKOA Ibu Pejabat sepanjang tahun 2019. Peserta adalah terdiri daripada usahawan, ahli lembaga koperasi Orang Asli dan belia/beliawanis Orang Asli. Antara kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut.

Jadual : Kursus dan Latihan Usahawan bagi tahun 2019

Bil.

Nama Kursus / Latihan / Lokasi

Tarikh

Bil. Peserta

1.

   Seminar Awarness Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Di Pusat Latihan Damansara Damai

26-27 Mei 2019

70

2.

     Kursus asas pembuatan coklat tangan Di Pusat Latihan Damansara Damai

13-15 Ogos 2019

40

3.

     Latihan e-Perolehan kepada pembekal Di Bilik Mesyuarat Tingkat 20, Jabatan Kemajuan Orang Asli KL

30 Sep – 1 Okt 2019

30

4.

     Latihan Digital Smart Tourism Di Sungai Lembing, Pahang

15-17 November 2019

1

5.

     Latihan Digital Smart Tourism Di Kualamu, Perak

19-21 November 2019

1

6.

    Latihan Digital Smart Tourism Di KOA, Bukit Kepong, Port Dickson

24-26 November 2019

1

Pameran dan Promosi Usahawan Orang Asli Sepanjang tahun 2019, usahawan Orang Asli telah menyertai empat (4) program pameran dan promosi anjuran JAKOA dan jabatan/agensi yang lain.Seramai 60 orang usahawan Orang Asli telah menyertai acara pameran dan promosi tersebut.Di antara program yang  dijalankan ialah jualan dan tempahan produk Usahawan Orang Asli yang terdiri daripada produk kraftangan, herba, buah-buahan dan produk hiliran, persembahan kebudayaan dari Kumpulan Warisan Anak Damak, Kumpulan Kongkong dan Kumpulan Lanok Kampung Parit Gong, Negeri Sembilan dan juga Demonstrasi anyaman tempok oleh Maznah Unyan, demonstrasi anyaman tikar oleh Tasik Bera dan demonstrasi anyaman bakul oleh Faridah Tenang.

Jadual : Program Pameran Usahawan sepanjang tahun 2019

Bil.

Nama Program

Tarikh

Bil. Peserta

1.

Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 1 Tahun 2019 Di Mid Town Perda, Penang

29 Mac – 1 April 2019

4

2.

Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 2 Tahun 2019 Di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Kuala Terengganu

25-27 April 2019

4

3.

Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) Di Dataran Pahlawan, Melaka

4-7 Oktober 2019

30

4.

Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 4 Tahun 2019 Di Putrajaya

16-21 Oktober 2019

22