.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Seksyen Kewangan

Seksyen Kewangan merupakan salah satu cabang di Bahagian Khidmat Pengurusan yang berfungsi dalam memberi khidmat sokongan kewangan kepada semua Bahagian, Seksyen, Unit dan Pusat Tanggungjawab di negeri-negeri di bawah JAKOA. Di bawah Seksyen Kewangan terdapat tiga (3) unit yang saling bekerjasama dalam melancarkan proses pengurusan kewangan di JAKOA. Tigan unit tersebut adalah:

1. Unit Kewangan
2. Unit Akaun
3. Unit Perolehan

Seksyen Kewangan berperanan bagi melaksana dan memastikan pengurusan kewangan diuruskan secara cekap, cepat dan tepat kepada kakitangan dan pelanggan JAKOA.

Unit Kewangan

Unit Kewangan baertindak dalam menguruskan pembayaran bil dan tuntutan, pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan Jabatan serta urusan penempahan tiket kapal terbang untuk urusan rasmi Jabatan. Unit Kewangan juga merupakan urusetia untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Ibu Pejabat serta Mesyuarat Seksyen Kewangan.

Unit Akaun

Unit Akaun berfungsi sebagai urusetia untuk penyediaan Bajet Mengurus JAKOA daripada proses penyediaan cadangan bajet sehinggalah pengeluaran waran peruntukan kepada aktiviti/ program. Selain itu, Unit Akaun juga bertanggungjawab dalam penyediaan Laporan Prestasi Perbelanjaan Mengurus, Laporan-laporan Penyesuaian   vot, Amanah, Deposit serta Hasil, menguruskan Akaun Amanah Jabatan, menguruskan Mesyuarat Akaun Amanah Kebajikan dan Kemajuan Orang Asli Malaysia & Mesyuarat Akaun Amanah Ladang Orang Asli Semenanjung Malaysia pembayaran gaji kakitangan dan menguruskan terimaan/pungutan di JAKOA.

Unit Perolehan

Unit Perolehan memainkan peranan utama dalam menguruskan dan melaksanakan perolehan secara Pembelian Terus, Rundingan Harga, Secara Tender dan Sebutharga bagi perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja, mengikut sebagaimana peraturan / prosedur dari pelbagai aspek.

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

579,247

PROBE 2015