.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia yang ditadbir dengan cekap dan berkesan dapat menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan berprestasi tinggi. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (PSM) merupakan antara tunjang utama Jabatan dalam memastikan peranan yang diberikan dapat berfungsi dengan baik bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam hubungan ini, Seksyen PSM sentiasa proaktif memastikan objektif dan fungsi utama PSM dijalankan dengan baik di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri di Jabatan melalui pemantauan dan komunikasi berterusan antara pihak Kementerian, Jabatan dan JAKOA Negeri. Seksyen ini mengandungi tiga (3) unit utama:

1. Unit Perkhidmatan.
2. Unit Perperiksaan dan Latihan.
3. Unit HRMIS (Human Resources Management Information System)

Merancang keperluan sumber manusia serta struktur organisasi, merancang dan melaksanakan program pembangunan personel serta meningkatkan prestasi dan kompetensi anggota secara berterusan selain mengurus urusan perkhidmatan anggota dengan berkesan.

Terdapat empat (4) fungsi utama yang dijalankan oleh Seksyen PSM iaitu perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi, perkhidmatan dan kemajuan kerjaya, pembangunan sumber manusia; dan pengurusan prestasi dan kompetensi. Fungsi-fungsi ini dilaksanakan melalui tiga (3) unit utama iaitu:

Unit Perkhidmatan

Antara fungsi utama unit ini adalah:

  1. Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optima melalui pengwujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan;
  2. Memastikan pengambilan, pembangunan, pembahagian dan pengembelingan tenaga dan kepakaran sumber manusia semua peringkat dilaksanakan secara optima ke arah mencapai objektif dan matlamat Jabatan;
  3. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi / fungsi serta pemantapan perjawatan bagi Jabatan di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan
  4. Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan kemudahan pegawai di JAKOA serta memantapkan jalinan kerjasama dengan kesatuan di samping merapatkan hubungan majikan dan pekerja melalui Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ); dan
  5. Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran serta menjadi Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Unit Perperiksaan dan Latihan

Antara fungsi utama unit ini adalah:

  1. Merancang dan membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi;
  2. Menyelaras pelaksanaan program kursus, latihan, induksi jabatan, bengkel di dalam Jabatan di samping kursus-kursus luar mengikut asas keperluan latihan;
  3. Merancang latihan dan bimbingan bagi pegawai JAKOA untuk mencapai tahap kecekapan dan kepakaran serta mempunyai kemahiran boleh disumbangkan semula kepada Jabatan;
  4. Menguruskan penyelarasan permohonan melanjutkan pelajaran/kursus pendek/program usahasama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
  5. Menguruskan permohonan ke luar Negara di atas urusan persendirian oleh pegawai.

Unit HRMIS (Human Resources Management Information System)

Antara fungsi utama unit ini adalah:

  1. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat Jabatan khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS; dan
  3. Memastikan semua pegawai di Jabatan melaksanakan HRMIS selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik serta sentiasa memastikan bahawa HRMIS relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui penambahbaikan berterusan.
  1. Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian Jabatan.
  2. Penyediaan bagi semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam masa satu minggu daripada tarikh Surat Kebenaran penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) diterima.
  3. Mengemukakan Dokumen- Dokumen Persaraan Lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA mengikut tempoh masa yang diarahkan.
  4. Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  5. Memastikan pemakluman kelulusan Perisytiharan Harta pegawai/kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan segera supaya memudahkan urusan kenaikan pangkat, permohonan jawatan baru,temu duga serta menjamin akauntabiliti dan integriti pegawai dan kakitangan jabatan.
  6. Menyediakan kajian perjawatan, penyusunan semula struktur organisasi, permohonan pengukuhan dan penyusunan semula jawatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia mula diterima dan diproses.
  7. Melaksanakan naziran perjawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan penggunaan tenaga manusia yang optimum berdasarkan struktur organisasi yang sesuai.
  8. Menguruskan urusan tanggung kerja, mengurus pekerja kontrak/Pekerja Sambilan Harian, mengurus urusan tanggung kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat, urusan cuti, elaun, serta urusan tapisan keutuhan SPRM.
  9. Merangka modul latihan kursus yang bersistematik dan berkesan dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan diri, penguasaan pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi.
  10. Memastikan keperluan kursus setiap pegawai dapat dipenuhi selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan bahawa pegawai di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

GA Widget - there was a service error 403:Error calling GET https://www.googleapis.com/analytics/v3/data/ga?ids=ga%3A118522076&start-date=2016-02-01&end-date=2017-12-10&metrics=ga%3Avisitors: (403) Quota Error: profileId ga:118522076 has exceeded the daily request limit.464,146

PROBE 2015