.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Seksyen Pentadbiran

Seksyen Pentadbiran merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan yang menjalankan fungsi berkaitan pentadbiran pejabat dan perkhidmatan sokongan termasuklah keurusetiaan mesyuarat/ program utama Jabatan, urusan parlimen, program kualiti dan inovasi, pengurusan aset, keselamatan pejabat, logistik dan perhubungan serta pengurusan kuarters anggota Jabatan.

Seksyen Pentadbiran terdiri daripada tiga (3) unit iaitu:

1. Unit Pentadbiran Am
2. Unit Aset
3. Unit Logistik

Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada semua anggota Jabatan di Bahagian/Negeri.

Unit Pentadbiran Am

1. Mengurus dan menyelenggara kemudahan dan pentadbiran pejabat;
2. Mengurus dan menyelaras mesyuarat/ program utama Jabatan;
3. Mengurus hal-hal berkaitan rekod Jabatan;
4. Mengurus hal-hal berkaitan keselamatan dokumen, fizikal dan peribadi;
5. Menyelaras urusan berkaitan parlimen; dan
6. Menyelaras urusan berkaitan pelaksanaan peningkatan kualiti dan inovasi

Unit Logistik

1. Mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran di Kompleks JAKOA Gombak;
• Mengurus dan mengendali kutipan hasil Jabatan;
• Mengurus permohonan menduduki kuarters;
• Mengurus dan menyelenggara aduan kerosakan;
• Melaksanakan projek kecil dan naik taraf Kompleks JAKOA Gombak;
• Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan kompleks; dan
• Mengurus keselamatan kompleks dan aset Jabatan;

2. Mengurus kemudahan pengangkutan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan untuk melaksanakan program-program Jabatan termasuklah;
• Mengurus dan menyelenggara pembaikan kenderaan dan bengkel kenderaan;
• Mengurus pengangkutan Orang Asli di pedalaman bagi program anjuran Jabatan dan lain-lain aktiviti berkaitan pembangunan Orang Asli;
• Mengurus bantuan penerbangan ehsan TUDM bagi penghantaran bahan makanan (ALS) dan perkhidmatan doktor udara (PDU); dan
• Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal iaitu pembaikan, penyelenggaraan, perolehan dan hapus kira (TEB) kenderaan serta kelengkapan jentera.

3. Mengurus kemudahan perhubungan radio wayarles (HF radio) untuk perhubungan diantara Ibu Pejabat dengan pejabat-pejabat negeri dan kawasan pedalaman;
• Memberi khidmat penyelenggaraan untuk alat-alat perhubungan termasuklah di kawasan pedalaman;
• Mengurus dan menyelaras permohonan mesej melalui Radio HF;
• Mengurus dan menyelaras pemohonan Bantuan Medivac; dan
• Mengurus dan menyelaras permohonan Penghantaran Catuan Makanan.

Unit Aset

Mengurus dan menyelenggara aset dan stor Jabatan di Bahagian dan Negeri;

i. Aset Alih (Harta Modal/ Inventori)
ii. Aset Tak Alih (Bangunan/ Tanah/ Infrastruktur)
iii. Aset Hidup (Ikan/ Haiwan/ Tumbuhan)

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

560,208

PROBE 2015