.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Seksyen Teknologi Maklumat

Seksyen Teknologi Maklumat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah diwujudkan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan pada tahun 2005 khusus untuk membantu pihak pengurusan JAKOA dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem dan program ICT dari masa ke semasa. Memandangkan JAKOA merancang untuk menyediakan perkhidmatan ICT yang berkualiti, Seksyen Teknologi Maklumat telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan usaha dan perancangan JAKOA itu berjaya bagi memantapkan sistem perkhidmatan kakitangan dan tadbir urus yang baik.

Seksyen ICT terdiri daripada dua (2) unit utama iaitu:

1. Unit Aplikasi dan Pengurusan
2. Unit Rangkaian dan Keselamatan

  1. Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan.
  2. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota JAKOA di peringkat Ibupejabat dan negeri-negeri.
  3. Menggunakan ICT dan automasi pejabat untuk meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan.
  4. Menjadikan ICT sebagai mekanisme untuk mengumpul, menganalisa dan menyerbarkan maklumat yang betul kepada orang awam bagi meningkatkan kefahaman terhadap JAKOA amnya dan masyarakat Orang Asli khususnya.
  5. Membentuk personel ICT yang mahir dan berbudaya saing di samping membentuk warga jabatan yang celik dan mahir ICT.

Unit Aplikasi dan Pengurusan

1. Merancang, mereka bentuk dan membangun Laman Web Rasmi / blog
2. Mengurus hal-hal pentadbiran am dan kewangan
3. Merancang dan menyelia strategik promosi produk dan perkhidmatan ICT
4. Merancang dan mengurus perkakasan ICT dari segi perolehan, pinjaman dan pelupusan
5. Menyelia dan memantau harta modal, inventori dan stok
6. Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan ICT, Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web dan Jawatankuasa Kerja Pengurusan laman web
7. Meneraju dan merancang keperluan sistem aplikasi bagi Jabatan
8. Menyelaras keperluan integrasi sistem aplikasi
9. Memberikan khidmat rundingan/ khidmat sokongan/ latihan aplikasi
10. Mengurus penyelenggaraan kerosakan dan pembaikan ke atas perkakasan ICT.
11. Mengurus penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) ke atas perkakasan dan infrastruktur
12. Memberi khidmat bantuan teknikal, nasihat dan latihan kepada pengguna-pengguna jabatan

Unit Rangkaian dan Keselamatan

1. Merancang melaksana strategik promosi produk, perkhidmatan ICT dan program kesedaran dan keselamatan ICT kepada warga JAKOA.
2. Melaksana penyelenggaran komputer Jabatan dan pejabat-pejabat dibawahnya
3. Memberi khidmat bantuan teknikal, nasihat dan latihan kepada pengguna-pengguna jabatan
4. Mengkaji, merancang dan menyelenggara infrastruktur dan rangkaian ICT
5. Menguruskan keselamatan perkakasan, perisian dan rangkaian Jabatan.
6. Menyelia, menyelenggara dan memantau prasarana rangkaian dan rangkaian tanpa wayar (wifi) di Jabatan dan pejabat-pejabat dibawahnya berjalan dengan baik dan lancar
7. Merancang dan mereka bentuk rangkaian di Jabatan dan pejabat-pejabat dibawahnya untuk kegunaan masa kini dan akan datang
8. Memastikan tiada pencerobohan mahupun sebarang ancaman dari luar dan dalam Jabatan dan pejabat-pejabat dibawahnya pada rangkaian, server dan komputer
9. Mentadbir dan melaksana backup data dan restore bagi aplikasi, pangkalan data dan server-sever di Jabatan dijadualkan secara berkala
10. Menyelia dan menyelenggara operasi bilik server

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

566,455

PROBE 2015