.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Pembangunan Modal Insan & Kebajikan

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Orang Asli (PMK) bertanggungjawab dalam menguruskan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan dan pembangunan minda masyarakat Orang Asli melalui kerjasama dua hala dengan agensi luar yang berkepentingan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) seksyen utama iaitu Seksyen Modal Insan dan Seksyen Latihan dan Kebajikan dan dibantu satu (1) Unit Pentdabiran & Sokongan.

1. Seksyen Modal Insan
2. Seksyen Latihan & Kebajikan
3. Unit Pentadbiran & Sokongan

Tiga (3) objektif utama bahagian PMK adalah:

  1. Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar Orang Asli.
  2. Melahirkan individu-individu Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu kearah meningkatkan kualiti hidup.
  3. Merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan minda.

– Perancangan Program Pembangunan Minda dan Latihan Kerjaya;

– Fasilitator dan penceramah pengurusan program Pembangunan Minda Anjuran Jabatan ;

– Melahirkan kelompok “Opinion Leader” (Pemimpin Pendapat) di kalangan penduduk kampung ;

– Penggubalan modul-modul program Pembangunan Modal Insan ;

– Bantuan pendidikan kepada pelajar sekolah Orang Asli ;

– Biasiswa kepada pelajar Orang Asli di IPT ;

– Perancangan program kesedaran pendidikan Ibubapa Orang Asli ;

– Pengkalan data pelajar Orang Asli

– Pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat Orang Asli;

– Program Penggalak Pembaca;

– Perancangan Program Latihan Kemahiran, bengkel, seminar kerjaya;

– Pengurusan pusat-pusat latihan Jabatan ;

– Meningkatkan Latihan dan Kemahiran (PLKK) Belia-Beliawanis Orang Asli agar seiring dengan perkembangan arus perdana negara;

– Memajukan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli bermula dari peringkat Taska sehingga ke peringkat pengajian tinggi samaada dalam atau luar Negara;

– Pengukuhkan pengurusan Kebajikan Pesakit Orang Asli selaras dengan peningkatan Kualiti Hidup;

– Memperkasakan Pengurusan Batin Dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Orang Asli (JKKKOA);

– Bertanggungjawab bagi urusan kebajikan pelajar Program Ijazah Luar Negara(PILN) dengan kerjasama MARA : dan

– Bertanggungjawab dalam program KELAS Dewasa Asli Pribumi (KEDAP).

Antara program anjuran bahagian PMK adalah seperti berikut:

1. Skim Bantuan Galakan Pendidikan (Biasiswa)
2. Program Perjumpaan Pelajar Orang Asli IPTA
3. Program Ijazah Luar Negara (PILN)
4. Kem Program Ijazah Luar Negara (PILN)
5. Program Integrasi Pelajar Orang Asli PILN
6. Program Sumbangan Komputer Riba
7. Program Pemantauan dan Penghantaran Pelajar Orang Asli Luar Negara
8. Majlis Perwakilan Mahasiswa Intelek Pelajar Orang Asli (MPMIOA)
9. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli (MAPCOA)
10. Program Kelas Dewasa Asli Primbumi (KEDAP)
11. Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)
12. Program Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli
13. Konstabel Polis Orang Asli Senoi Praaq

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

560,785

PROBE 2015