.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Unit Integriti

Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.

Justeru Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Unit Integriti terdiri daripada dua (2) cawangan iaitu (1) Cawangan Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus dan Pematuhan, dan (2) Cawangan Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib.

1. CAWANGAN PENGUKUHAN INTEGRITI, PENGURUSAN ADUAN, TADBIR URUS DAN PEMATUHAN

2. CAWANGAN PENGESANAN, PENGESAHAN DAN TATATERTIB

Membudayakan 12 nilai murni dan budaya kerja yang digariskan oleh Kementerian bagi meningkatkan tahap tadbir urus Jabatan ke arah pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan

CAWANGAN PENGUKUHAN INTEGRITI, PENGURUSAN ADUAN, TADBIR URUS DAN PEMATUHAN

PENGUKUHAN INTEGRITI DAN PENGURUSAN ADUAN

  • Melaksanakan program berkaitan Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Jabatan seperti kursus/bengkel, seminar, ceramah dan slaid.
  • Merancang dan menyediakan modul yang bersesuaian untuk kursus integriti yang dilaksanakan kepada warga Jabatan.
  • Melaksanakan tugas pengurusan aduan awam dari pelbagai sumber seperti BPA, aduan telefon, perjumpaan dengan pengadu, 1MOCC, akhbar tempatan, Sistem Pengurusan Aduan, e-mel, surat, faks, laman sosial rasmi dan sebagainya.

TADBIR URUS DAN PEMATUHAN

  • Memantau pematuhan peraturan-peraturan berkuatkuasa di kalangan warga Jabatan dan menyediakan laporan kepada ketua bahagian.
  • Mengadakan naziran pematuhan peraturan ke bahagian-bahagian di Jabatan.
  • Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KKLW dan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Jabatan.
  • Menyediakan Laporan Pelaksanaan Pengurusan Integriti kepada Unit Integriti KKLW.

CAWANGAN PENGESANAN, PENGESAHAN DAN TATATERTIB

  • Menjalankan siasatan terhadap aduan yang melibatkan salah laku kakitangan.
  • Menyediakan laporan salah laku kepada pihak berkuasa berkaitan.
  • Mengurus tindakan tatatertib pegawai dan anggota Jabatan.
  • Mengurus penyediaan Laporan Tatatertib kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Mengurus setia Mesyuarat Lembaga Tatatertib peringkat Jabatan
  • Mengadakan Naziran Tatatertib
  • Mengurus dan memproses kes rayuan tatatertib ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan tatatertib
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

594,044

PROBE 2015