.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Pembangunan Sosioekonomi

Isu kekurangan prasarana di perkampungan, kemiskinan, pendidikan dan perubahan minda masyarakat Orang Asli merupakan isu utama yang sering diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan. Justeru itu, usaha-usaha kearah meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan di kalangan masyarakat Orang Asli telah menjadi fokus utama JAKOA menerusi Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (PSE) yang menjadi ‘Focal Point’ untuk mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan meningkatkan perubahan minda di kalangan masyarakat ini

Bahagian PSE terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Ekonomi dan Seksyen Kemajuan Kampung.

1. Seksyen Pembangunan Ekonomi
2. Seksyen Kemajuan Kampung

Menentukan semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat orang asli serta mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum.

SEKSYEN PEMBANGUNAN EKONOMI

– Melaksanakan Program – program Pembasmian Kemiskinan Orang Asli melalui

  1. Program Perladangan, Pertanian dan Penternakan

– Pelaksanaan ladang komersial dan ladang masyarakat;

– Bantuan input pertanian, perikanan dan ternakan;

– Pelaksanaan kursus-kursus pertanian untuk Orang Asli;

– Kerjasama projek komersial dengan agensi pembangunan tanah seperti RISDA, LPP, LKPP dan FELCRA;

– Agihan dividen untuk peserta-peserta ladang;

– Khidmat nasihat teknikal bagi program pertanian;

– Pemantauan projek-projek pertanian, ladang dan

penternakan Jabatan.

  1. Melaksanakan Program Pembangunan Usahawan dan Koperasi

– Pelaksanaan Program-program SPKR Jabatan

– Program Peningkatan Pendapatan Orang Asli (PPP);

– Program Bimbingan Usahawan Orang Asli.

– Pembangunan Koperasi Orang Asli

SEKSYEN KEMAJUAN KAMPUNG

  1. Menyediakan Kemudahan prasarana, utiliti dan ameniti sosial kampung Orang Asli.

– Penilaian dan pemantauan prestasi projek pemodenan kampung Jabatan.

– Penyelarasan data infrastruktur dan ameniti sosial.

– Khidmat nasihat teknikal.

– Pelantikan Juruperunding.

– Penyediaan spesifikasi dan reka bentuk projek-projek

pembangunan.

– Semakan anggaran dan kadar harga projek.

– Penyediaan kontrak.

– Kawalan dan semakan kerja-kerja tambahan sesuatu projek.

  1. Penyelarasan data-data berkaitan tanah Orang Asli.

– Perancangan penempatan baru dan pembangunan “in-situ”.

– Urusan perizaban / pemberi milikan tanah, kerja ukur keliling tanah Orang Asli.

– Isu-isu pencerobohan dan pertikaian sempadan tanah Orang Asli.

  1. Program penswastaan pemodenan kampung Orang Asli.

– projek bekalan elektrik luar bandar

– projek bekalan air luar bandar

  1. Program Program Bantuan Rumah.
  1. Memantau projek-projek pembangunan Jabatan dan melaporkan kemajuan kewangan dan fizikal projek berkenaan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
  2. Mengemas kini kemasukan data/ maklumat projek-projek pembangunan ke dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).
  3. Melaksanakan Program Penempatan Tersusun bagi perkampungan Orang Asli melalui projek Rancangan Penempatan Semula (RPS), Rancangan Kampung Baru (RKB) dan Penyusunan Semula Kampung (PSK).
  4. Menguruskan hal ehwal tanah bagi Orang Asli dan Institusi.
  5. Menyediakan bantuan kewangan dan pembangunan prasarana bagi perkampungan Orang Asli yang di landa bencana alam.
  6. Menerima dan menyelaras permohonan pengeluaran balak dan hasil galian lain yang terdapat di dalam kawasan penempatan Orang Asli.
  7. Melaksanakan kursus-kursus keusahawanan kepada Orang Asli bagi meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup masyarakat Orang Asli.
  8. Menguruskan ekspo dan pameran bagi mempromosikan produk-produk keluaran Orang Asli.
  9. Menyediakan pelan dan spesifikasi kerja bagi projek-projek pembangunan serta memberi khidmat nasihat teknikal.
  10. Memantau dan menilai prestasi kemajuan fizikal bagi projek-projek pembangunan infrastruktur yang sedang dilaksanakan.
  11. Melaksanakan projek-projek pembangunan berasaskan pertanian kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup Orang Asli.
  12. Melaksanakan kursus-kursus pertanian di samping memberi khidmat nasihat dan panduan teknikal tentang kaedah-kaedah pertanian moden.
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

560,785

PROBE 2015