.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Perancangan dan Penyelidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan membuat perancangan jangka pendek dan panjang secara makro serta menggubal dasar pembangunan JAKOA sejajar dengan dasar pembangunan negara kearah meningkatkan taraf sosioekonomi dan kemajuan Orang Asli seiring dengan arus perdana. Bahagian ini juga menganalisa, mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat masyarakat Orang asli untuk kegunaan rasmi. Selain itu juga, mengurus, menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan dan program khidmat masyarakat mengenai Orang Asli yang dilaksanakan oleh agensi-agensi, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, NGO’s dan penyelidik dari dalam dan luar negara. Perpustakaan dan Muzium Orang Asli jua dibawah tanggungjawab Bahagian ini dalam mengurus dan merancang pengumpulan/ pemeliharaan artifak, pengembangan kebudayaan, keseniaan, pengetahuan tradisonal, pusat sumber rujukan dalam memartabatkan warisan Orang Asli.

Bahagian ini terdiri daripada empat (4) seksyen utama iaitu:

1. Seksyen Perancangan
2. Seksyen Penyelidikan
3. Seksyen Perangkaan
4. Seksyen Warisan dan Kebudayaan

Meningkatkan pembangunan masyarakat Orang Asli melalui penyelidikan berkualiti dan penggubalan dasar-dasar serta mengurangkan jurang perbezaan dan tanggapan negatif terhadap masyarakat Orang Asli.

SEKSYEN PERANCANGAN

  • Penyelarasan akta, peruntukan dan peraturan kecil berkaitan pentadbiran Orang Asli
  • Penyelarasan pembangunan, pemantauan atau kajian semula Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli
  • Focal Point antarabangsa
  • Menyelaras dan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri, kertas dasar, kertas cadangan, nota taklimat dan garis panduan mengenai pembangunan Orang Asli
  • Penyediaan laporan/maklum balas/jawapan terhadap isu-isu berbangkit Orang Asli
  • Urusetia Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA)
  • Mengadakan program penerangan berkenaan dasar dan hala tuju Jabatan
  • Menyelaras task force yang ditubuhkan (sekiranya ada)
  • Menyelaras urusan pentadbiran Bahagian
  • Menyelaras pengurusan rekod dan aset Bahagian

SEKSYEN PENYELIDIKAN

  • Menyelaras dan pemantauan kajian mengenai masyarakat Orang Asli
  • Mengurus dan memproses permohonan penyelidikan dan program khidmat masyarakat dalam atau luar negara
  • Mendokumenkan hasil kajian dan tesis
  • Menjalankan usahasama penyelidikan dengan agensi lain, IPTA/IPTS
  • Pengurusan perpustakaan Orang Asli

SEKSYEN PERANGKAAN

  • Merancang dan menyelaras proses pengumpulan dan pengemaskinian data Orang Asli
  • Merancang dan menyelaras penyediaan laporan dan penerbitan data Orang Asli
  • Menyelaras dan memantau permintaan data Orang Asli yang diterima daripada pengguna dalaman dan pengguna luar
  • Merancang dan menyelaras sistem berkaitan data Orang Asli
  • Merancang dan menyelaras jawatankuasa bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengenai data Orang Asli

SEKSYEN WARISAN DAN KEBUDAYAAN

  • Pengurusan Muzium Orang Asli Gombak dan Jeli
  • Pemeliharaan dan pemuliharaan artifak msyarakat Orang Asli
  • Mendokumentasi dan mempromosi kebudayaan, pengetahuan tradisional, warisan seni masyarakat Orang Asli
  • Melaksanakan program memartabatkan warisan seni budaya masyarakat Orang Asli
  • Pusat rujukan untuk warisan dan kebudayaan Orang Asli

Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA)

Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA) telah ditubuhkan pada 26 Julai 2001, dengan Mesyu- arat kali pertamanya pada 31 Julai 2001 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. Mesyuarat ini adalah merupakan mesyuarat utama (peringkat dasar) yang diuruse- tiakan oleh JAKOA pada setiap tahun. Antara fungsi penting majlis ini adalah untuk membin- cang, menilai dan memberi pandangan dan nasihat terhadap dasar dan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli meliputi aspek sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, pentadbiran dan warisan Orang Asli.

Terma Rujukan MPKPMOA adalah seperti berikut:

  1. Memberi nasihat dan pandangan mengenai arah tuju pembangunan Masyarakat Orang Asli;
  2. Menilai dan memberi pandangan dan nasihat untuk mengatasi isu-isu yang menghalang pelaksanaan program/projek pembangunan sosio-ekonomi kepada masyarakat Orang Asli termasuk isu kemiskinan, pendidikan, pemilikan tanah dan aset, taraf kesihatan, pekerjaan, kemahiran dan gejala sosial;
  3. Menyelaras dan mencari jalan/cadangan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh media-massa, individu, Pertubuhan Bukan Kerajaan, kesatuan dan agensi-agensi kerajaan/swasta termasuk dalam mesyuarat forum tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lai-lain forum yang berkaitan;
  4. Menangkis tanggapan negatif terhadap agensi pelaksana dan Kerajaan yang dibangkitkan oleh pihak Pertubuhan Parti Politik, Badan Bukan Kerajaan, Individu-individu dan dari Luar Negara, terhadap agensi pelaksana dan kerajaan.
  5. Membincangkan Perwakilan Malaysia untuk menghadiri persidangan Forum tetap mengenai Indigineous People di bawah Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Asasi Manusia. Kertas-kertas pembentangan ke mesyuarat di atas perlu dibentangkan dahulu untuk mendapatkan pandangan/nasihat ahli majlis;
  6. Membincangkan kertas-kertas lain yang berkaitan dengan isu-isu Pembangunan Masyarakat Orang Asli.

Menguruskan permohonan kajian dan penyelidikan

Bahagian ini juga bertindak menyelaras dan mengurus permohonan kajian/ program khidmat masyarakat berkaitan masyarakat Orang Asli. Permohonan kajian ini terdiri dari pengkaji, pelajar-pelajar, pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), NGO dan agensi-agensi Kerajaan dari dalam mahupun luar negara.

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

553,430

PROBE 2015