Perutusan Ketua Pengarah

gambar tkpp Salam Sejahtera dan Salam Hormat.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Laman web ini merupakan salah satu medium perhubungan di antara JAKOA dan masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat dan mengenali JAKOA dengan lebih dekat. Pelbagai maklumat dan pengumuman terkini berkenaan masyarakat Orang Asli dan JAKOA dipaparkan di dalam laman web rasmi JAKOA ini.

Untuk pengetahuan semua, JAKOA amat komited dalam usaha menyusun dan merangka strategi pembangunan sosioekonomi, pembangunan modal insan dan pemeliharaan budaya dan tradisi masyarakat Orang Asli. Melalui pembangunan sosioekonomi, beberapa program telah dilaksanakan oleh JAKOA yang meliputi Program Penempatan Tersusun, Program Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Orang Asli, Program Pembangunan Sosial dan Program Bantuan Rumah (PBR, SPKR, MOF).

Pada masa ini, kemudahan jalan kampung telah siap dibina sebanyak 84 peratus, bekalan elektrik (80 peratus), bekalan air (79 peratus) dan sebanyak 82 peratus Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) daripada keseluruhan 853 buah perkampungan Orang Asli yang berdaftar di seluruh negara. Kita menjangkakan apabila menjelang tahun 2023, semua kemudahan tersebut akan disediakan sepenuhnya 100 peratus, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Masyarakat Orang Asli juga telah sedar akan kepentingan mendapatkan pendidikan. Sehubungan itu JAKOA juga menyediakan beberapa program untuk memperkasakan pendidikan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan Skim Bantuan Galakan Pendidikan Orang Asli. Beberapa program lain di bawah pembangunan modal insan dan pendidikan ini telah membuahkan hasil apabila jumlah pelajar cemerlang, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan belia/beliawanis Orang Asli yang menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) semakin meningkat.

Akhir kata, saya berharap agar JAKOA sentiasa menjadi sebuah jabatan yang lebih progresif dalam membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli dan saya juga berharap agar masyarakat Orang Asli di seluruh negara akan terus maju dan menjadi suatu entiti yang penting dalam memacu kejayaan negara.

Sekian, terima kasih.

Ajis bin Sitin
Ketua Pengarah­
Jabatan Kemajuan Orang Asli

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Kata Kunci:

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element