.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

  • Title

    Latar Belakang

TAHUN PERISTIWA
1939 Sebelum JHEOA ditubuhkan, seorang ‘Field Ethnographer’ telah dilantik pada Disember 1939, sebagai ‘Protector Of Aborigines’ bagi pihak Negeri Perak. Perlantikan ini dibuat selepas penguatkuasaan ‘Perak Aboriginal Tribes Enacment’, No.3 pada 1939. Enakmen ini merupakan undang-undang sedemikian yang wujud sebelum Perang Dunia Kedua.
1953 – 1954 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953/54 di bawah undang-undang baru yang dinamakan “Aborigional Peoples” Ordinance No. 3, 1954. Ia dibentuk bagi melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka dari kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi, di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pendidikan dan pembangunan yang sesuai bagi mereka.
1948 Apabila darurat diistiharkan pada tahun 1948, MPAJA yang kemudiannya bertukar menjadi Parti Komunis Malaya(PKM) telah mengadakan hubungan baik dengan Orang -orang Asli di pedalaman. Menyedari ancaman yang akan dihadapi akibat perkembangan tersebut, kerajaan mula mengambil perhatian dengan mengadakan polisi penempatan semula Orang-orang Asli di kawasan yang jauh dari pengaruh komunis. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak berjaya, sebaliknya Orang Asli semakin rapat dengan PKM dan mengambil sikap anti-kerajaan.
1949 Pada tahun 1949, ‘Welfare Officer Aborigines’, sebuah jawatan Persekutuan telah dilantik untuk mentadbir Pejabat Kebajikan Orang Asli, yang merupakan salah satu seksyen di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pegawai ini kemudian ditukarkan kepada ‘Protector Of Aborigines’ atau Penasihat bagi Orang Asli. Penasihat ini bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha dan Setiausaha Kerajaan Negeri, yang pula bertanggujawab kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.
1951 – 1952 Pada tahun 1951-1952, dengan pengenalan Sistem Ahli, Pejabat Orang Asli diwujudkan secara berasingan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di letakkan di portfolio Ahli bagi Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada waktu itu pejabat di peringkat Persekutuan ini telah mempunyai 11 orang kakitangan dan peringkat Negeri terdapat seorang ‘Protector’ di Pahang dan beberapa ‘Protector’ sambilan di Perak dan Kelantan.
1953 Pada tahun 1953, satu polisi baru diadakan dimana kerajaan mula menyalurkan urusan-urusan pentadbiran dan perlindungan kepada Orang-orang Asli di pedalaman dan tidak lagi berusaha membawa mereka keluar dari kawasan pedalaman tempat tinggal mereka. Berikutan itu Pejabat Kebajikan Orang Asli mula diperbesarkan.
1956 Selepas pilihanraya pada tahun 1955, dengan pengenalan Sistem Kementerian bagi mengantikan Sistem ahli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah diletakan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada Disember 1956, Jabatan Orang Asli ditukar menjadi Jabatan Muzium, Arkib dan Penyelidikan Orang Asli yang diletakkan dibawah Kementerian Pelajaran. Nama Ketua Jabatan juga ditukar daripada penasihat bagi Orang Asli kepada Pengarah Muzium dan Penasihat Orang Asli.
1961 Hanya selepas tahun 1961 kerajaan mengistiharkan satu dasar pentadbiran bagi Orang-orang Asli. Matlamat dasar tersebut adalah untuk mengintergrasikan Orang-orang Asli dengan masyarakat Kebangsaan. Bagi mencapai dasar ini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mula merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi supaya masyarakat Orang Asli dapat bersama-sama dengan kaum-kaum lain maju dan menikmati taraf hidup yang lebih baik.
1964 Pada tahun 1957, terdapat ‘Protectors’ dan ‘Penolong Protector’ di semua negeri-negeri kecuali Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perlis dan Terengganu. Pada Ogos 1959, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diletak semula di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pada 16 Mei, 1964 kawalan keatas jabatan ini diambil oleh Kementerian Tanah dan Galian. Ketua Jabatan ketika itu ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Orang Asli.
1970 Rombakan kabinet pada 23 September, 1970 telah meletakkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kementerian Pertanian dan Tanah. Perubahan kabinet sekali lagi pada 21 Disember, 1971 telah meletakkan JHEOA di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan di tadbir oleh Ketua Pengarah yang di bantu oleh enam Pengarah di peringkat negeri. Jabatan ini bertanggungjawab bagi pentadbiran, kemajuan dan kebajikan Orang-orang Asli di Malaysia Barat, khususnya di negeri-negeri yang mempunyai sejumlah besar Orang Asli.
1974 Keutamaan juga diberi kepada usaha-usaha membangun sosio- ekonomi dan taraf hidup Orang Asli di samping menyatupadukan mereka dengan masyarakat lain di negara ini. Pada 5 september, 1974, dengan penyusunan kabinet selepas pilihanraya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diletak semula di bawah Kementerian Dalam Negeri
1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan ini dipindahkan semula ke bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
1994 Mulai 1 Januari 1994, Jabatan ini telah dipindahkan dibawah kawalan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
1995 Dalam penyusunan semula Kementerian-kementerian dalam tahun 1995, Jabatan ini telah dipindahkan ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
2001 Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
2011 hingga sekarang Di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

GA Widget - there was a service error 403:Error calling GET https://www.googleapis.com/analytics/v3/data/ga?ids=ga%3A118522076&start-date=2016-02-01&end-date=2017-12-10&metrics=ga%3Avisitors: (403) Quota Error: profileId ga:118522076 has exceeded the daily request limit.464,146

PROBE 2015