.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Akta & Perundangan

Cadangan Pindaan Akta 134 Akta Orang Asli 1954

Asas Pertimbangan Cadangan Pindaan Akta

  1. Akta 134, Akta Orang Asli 1954 telah dipinda kali terakhir pada tahun 1967 dan disemak pada tahun 1974. Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Menteri untuk meningkatkan pelaksanaan projek-projek Luar Bandar Bil. 2/2001 bertarikh 7 Ogos 2001 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri berpendapat bahawa Akta Orang Asli 134 tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dan perlu dikaji semula.
  2. Kedua, isu-isu tuntutan Orang Asli yang berkaitan dengan tanah yang dibawa ke mahkamah telah meningkat dan seringkali memihak kepada Orang Asli yang mana sepatutnya Akta ini memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak atau “win-win situation”.
  3. Ketiga, pada 8 Ogos 2007, Jabatan Peguam Negara dalam ulasan ke atas Kertas Memorandum Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada Orang Asli turut memberi pandangan terhadap keperluan pindaan kepada Akta 134 ini bagi memenuhi atau membolehkan pelaksanaan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada masyarakat Orang Asli dibuat.
  4. Perlu disesuaikan dengan dasar yang diputuskan oleh Kerajaan bukan sahaja tanah tetapi aspek-aspek lain seperti Takrifan Orang Asli, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.
  5. Akta ini perlu dipinda menyentuh penyataan dasar tetapi bagaimana Akta ini dilaksanakan perlu ada peraturan atau prosedur yang menyatakan secara terperinci bagaimana keperluan peruntukan Akta ini dilaksanakan.
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

566,790

PROBE 2015