.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Pembangunan Ekonomi

Program Pembangunan Ekonomi Negeri
Menerusi program ini fokus diberikan kepada pembiayaan projek pembangunan ladang. Projek ini adalah dilaksanakan menerusi RISDA dan FELCRA bagi membangunkan ladang kelapa sawit dan getah. Projek ini merupakan aktiviti utama Jabatan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli.

Program Pengembangan ( Kursus )
Program Pengembangan (kursus) ini adalah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli yang berpotensi mengenai projek tanaman dan pertanian moden. Antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah kursus penyelenggaraan ladang kelapa sawit, tanaman hidroponik, kaedah penanaman getah, kursus ternakan dan sebagainya.

Program Bimbingan Usahawan
Menerusi program ini selain daripada mempromosikan produk-produk Orang Asli pelbagai insentif disediakan kepada bakal usahawan Orang Asli yang telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan Jabatan. Antara insentif yang disediakan ialah bantuan peralatan perniagaan, bantuan bahan input dan sebagainya. Pelbagai bidang perniagaan yang telah diterokai oleh Orang Asli seperti perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, kafe siber, bidang pembinaan dan lain-lain lagi.

Program Pembinaan Ruang Niaga
Jabatan turut menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan/ Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan kedai jahit.

Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi JAKOA turut menyediakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan hasrat pihak kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Permohonan bagi penyertaan program ini boleh dipohon menerusi Pejabat Hal Ehwal Orang Asli di daerah-daerah dan senarai calon dan peserta yang berkelayakan akan dipanjangkan kepada urus setia peringkat Kementerian untuk diperakukan bantuan projek.

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

546,813

PROBE 2015