.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Pembangunan Sosial

Program Bantuan Rumah (PBR)
Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.

Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui program Pembangunan Sosial turut membina dan meningkatkan kemudahan infrastruktur serta kemudahan awam di perkampungan Orang Asli. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti penyaluran bekalan air, bekalan elektrik, membina dan menaik tarafkan kemudahan jalan kampung, dewan serba guna, balai raya, jambatan dan sebagainya.

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

560,785

PROBE 2015