Program Bantuan Pendidikan

Garis Panduan Skim Galakkan Pendidikan Pelajar Orang Asli

Merupakan strategi ke arah kecemerlangan pendidikan serta membantu meringankan beban ibu bapa Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

BIl JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN
1 Tambang Pengangkutan RM13.10 – RM30.00/hari (Ikut lokasi)
2 Wang Saku Pelajar Sekolah Menengah RM2.00 /Pelajar
3 Bekalan Catuan makanan pagi untuk murid di sekolah pedalaman RM2.00 /Pelajar
4 Keperluan Diri di Asrama (berus gigi, sabun mandi dan lain-lain) RM200.00 /Pelajar
5 Yuran dan Pelbagai (Pelajar yang tidak menerima KWAMP) RM120.00(Sek.Men.) RM80.00(Sek.Ren.)
6 Pakaian seragam sekolah (Darjah 1 dan Ting. 1 Shj) RM 45.00(lelaki) RM 46.00(perempuan)

Syarat Penerimaan Skim Galakan Bantuan Pendidikan:

  1. Pemohon adalah Orang Asli mengikut Akta 134: Akta Orang Asli 1954 (pindaan 1974).
  2. Pendapatan ibu bapa/ penjaga adalah kurang dari RM2,000.00.
  3. Pelajar yang menuntut di Sekolah Bantuan Penuh/ Separa sahaja layak menerima bantuan ini.

 

Program Pendidikan

  1. Program Motivasi/ Kecemerlangan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
  2. Program Skor A
  3. Program Mesra Didik
  4. Lawatan Sambil Belajar

 

Kemasukan Pelajar Cemerlang ke MRSM

  • Mendapat keputusan 4A dan ke atas.
  • Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah A.
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block,
Wisma Golden Eagle Realty,
142-c, Jalan Ampang,
50548 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Kata Kunci:

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element