.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Inkubator

Latar belakang mengenai Program Inkubator Jahitan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

  • Cadangan pelaksanaan Projek Inkubator Jahitan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pelaksanaan Pusat Inkubator Usahawan Orang Asli Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada 13 September 2011.
  • Konsep pelaksanaan Projek Inkubator Jahitan adalah merujuk kepada aktiviti Program Pembangunan Ekonomi JAKOA yang turut merangkumi skop pembangunan usahawan Orang Asli di mana peserta projek akan didaftarkan sebagai Usahawan Orang Asli bagi membolehkan mereka mendapat bantuan yang bersesuaian.
  • Kaedah pelaksanaan adalah secara berpusat iaitu menginap, belajar dan bekerja bersesuaian dengan tahap sosio- ekonomi peserta.
  • Koperasi Orang Asli sebagai entiti perniagaan dan yang besesuaian akan dilibatkan secara langsung membantu menjayakan pelaksanaan Projek Inkubator Jahitan ini.
  • Projek perintis akan dilaksanakan di Negeri Perak dan Negeri Sembilan.
  • Pelaksanaan Projek Inkubator Jahitan ini merupakan satu daripada strategi JAKOA bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli (Teras 2) untuk melahirkan lebih ramai usahawan Orang Asli menjelang tahun 2015.

Objektif Penubuhan Pusat Inkubator Jahitan JAKOA

  • Merupakan satu program lanjutan yang memberi latihan dan bimbingan kepada pelatih lepasan Pusat Latihan Paya Bungor, Pahang serta memberi pengalaman secara ’hands-on’ berkaitan industri jahitan.
  • Memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta projek untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan jahitan.
  • Memberi pengetahuan dan maklumat ke arah membangunkan ’networking’ dengan agensi Kerajaan, kalangan usahawan dan pelanggan.

Lokasi Pusat Inkubator Jahitan JAKOA dan Bilangan Peserta

Terdapat dua lokasi Pusat Inkubator Jahitan JAKOA:

Negeri Perak

  • Lokasi Pusat Inkubator Jahitan JAKOA bagi Negeri Perak terletak di No 7, Jalan Jalan Selamat Jaya, 33300 Gerik, Perak yang merupakan bangunan rumah kedai dua tingkat.
  • Bangunan tersebut terletak dalam lingkungan bandar Gerik, Perak dan boleh dihubungi melalui Lebuhraya Timur-Barat.
  • Seramai 5 orang peserta dari kalangan belia Orang Asli (Suku Kaum Jahai) menjadi peserta inkubator.

Negeri Sembilan

  • Lokasi Pusat Inkubator Jahitan bagi Negeri Sembilan terletak di No. 45, 1st Floor, Jalan Bunga Raya 8, Taman Tasek Jaya, Seremban yang merupakan bangunan rumah kedai dua tingkat lot tepi.
  • Bangunan tersebut terletak dalam lingkungan Bandar Seremban dan boleh dihubungi melalui Jalan Senawang (dari Tol Seremban) ke Lebuhraya LEKAS.
  • Seramai 10 orang peserta dari kalangan belia Orang Asli (Suku Kaum Temuan) menjadi peserta inkubator.

Kedua-dua pusat Inkubator ini beroperasi secara rasmi mulai bulan Jun 2012.

Bentuk / modul latihan di Pusat Inkubator Jahitan JAKOA

  • Modul latihan yang dilaksanakan di Pusat Inkubator Jahitan JAKOA adalah ke arah membentuk para peserta sebagai seorang usahawan dalam bidang jahitan.
  • Kandungan kursus yang standard telah disediakan yang merangkumi perkara-perkara berikut;
    • Pengenalan program inkubator;
    • Motivasi, Komunikasi dan sesi rundingcara;
    • Penghasilan produk jahitan;
    • Pelan perniagaan – cadangan perniagaan, perakaunan dan pemasaran;
    • Asas penyelesaian masalah mesin jahitan;
    • Lawatan sambil belajar; dan
    • Lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

Kerjasama dengan Agensi Kerajaan lain ke arah pelaksanaan Program Inkubator Jahitan JAKOA di peringkat permulaan

  • Pada tahun 2013 JAKOA telah melantik Kolej Komuniti Selayang, Selangor sebagai pengendali bagi program-program di atas. Pengisian program adalah bermula daripada Januari hingga Disember 2013.
  • Dalam tempoh tersebut, peserta juga akan mengendalikan aktiviti perniagaan jahitan dengan pelanggan dari kalangan masyarakat umum.

Tempoh Mengikuti Program Inkubator Jahitan JAKOA

  • Peserta akan mengikuti tempoh maksimum penempatan dan latihan di inkubator selama satu setengah tahun (18 bulan).
  • Pengambilan peserta akan dijalankan sebaik sahaja kumpulan pertama menamatkan latihan di pusat inkubator.

Peserta Projek

  • Peserta hendaklah terdiri daripada orang Asli seperti yang termaktub dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).
  • Peserta adalah terdiri daripada pelatih lepasan kursus jahitan PLPB, Kuantan, Pahang. Seramai 15 orang peserta dicadangkan untuk menyertai projek ini bagi setiap sesi inkubator dan keutamaan akan diberikan kepada peserta yang memiliki kelulusan SKM Tahap 2.
  • Peserta yang mempunyai kelulusan asas jahitan dari pusat-pusat latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan selain PLPB juga akan diberikan pertimbangan.
  • Seorang Ketua Peserta akan dilantik dari kalangan peserta projek.

Sasaran awal JAKOA melalui penubuhan Pusat Inkubator Jahitan

  • Penubuhan Pusat Inkubator Jahitan ini diharapkan mencapai sasaran awal dan dapat memberikan manfaat kepada peserta dari kalangan belia-belia Orang Asli seperti berikut:
    • Memberi pendedahan awal dalam aspek keusahawanan bidang jahitan
      • Pusat Inkubator ini sebagai platform dalam memberi pendedahan awal dalam aspek keusahawanan jahitan. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari di Pusat Inkubator ini akan menjadi bekalan dan panduan dan dipraktikkan apabila menceburi dunia perniagaan sebenar.
    • Menambah bilangan usahawan Orang Asli terutamanya dalam bidang jahitan
      • Di bawah Program Bimbingan Usahawan, JAKOA akan memberi bantuan peralatan kepada peserta lepasan Pusat Inkubator Jahitan yang berhasrat untuk menceburi bidang keusahawanan jahitan. Ini akan menambahkan bilangan usahawan sesuai dengan Pelan Strategik JAKOA untuk melahirkan 500 Usahawan Orang Asli menjelang tahun 2015.
    • Membentuk Perspektif Positif Masyarakat Umum ke atas Masyarakat Orang Asli
      • Peserta lepasan Pusat Inkubator Jahitan ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti usahawan dan produk keluaran mereka; sekaligus membentuk persepsi positif ke atas masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

609,374

PROBE 2015