.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Khidmat Masyarakat

KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN

PROSEDUR BAGI PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

  1.  Permohonan untuk melakukan penyelidikan hanya menggunakan Borang Permohonan Khidmat Masyarakat / Lawatan. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui laman web JAKOA di www.jakoa.gov.my dan klik pada Informasi > Dokumen > Borang.
  2. Permohonan yang dibuat secara berkumpulan hanya Pengurus Projek/ Ketua Projek yang perlu mengemukakan permohonan.
  3. Pemohon perlulah menghantar borang permohonan 14 hari awal dari tarikh sebelum menjalankan program khidmat masyarakat / lawatan.
  4. Pemohon dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai JAKOA Daerah atau Negeri berkenaan terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan bahawa Ketua (Tok Batin) dan masyarakat kampung berkenaan tiada halangan dan tidak berlaku pertindihan program lain pada waktu dan tempat yang dicadangkan.
  5. Permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan dokumen – dokumen seperti berikut:-
    (a) Borang Permohonan Khidmat Masyarakat / Lawatan – Borang permohonan bagi melakukan Program Khidmat Masyarakat/ Lawatan Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia;
    (b) Surat pengesahan rasmi daripada agensi/Syarikat/Universiti/Kolej /Pertubuhan NGO; dan
    (c) Kertas kerja ringkas berkenaan Program yang ingin dijalankan.
  6. Sekiranya program melibatkan pelajar Orang Asli atau premis di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemohon perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KPM.
  7. Sekiranya program melibatkan pemeriksaan kesihatan Masyarakat Orang Asli yang menjurus kepada penyelidikan klinikal, melibatkan pegawai / kakitangan atau dilaksanakan di premis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemohon perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KKM.
  8. Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima. Semua kelulusan bagi melakukan program akan dimaklumkan melalui emel dan juga pos.
  9. Setelah diluluskan, pemohon mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jabatan Kemajuan Orang Asli berhak membatalkan program Khidmat Masyarakat/Lawatan jika pihak penganjur didapati melanggar peraturan yang telah
  10. Satu laporan program hendaklah diserahkan kepada :Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
    Tingkat 3, Wisma Selangor Dredging,
    142-C, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    (U/P: Seksyen Penyelidikan)
  11. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di talian 03-21610577.

 

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

609,374

PROBE 2015