.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Penyelidikan

PENYELIDIKAN

PROSEDUR BAGI PERMOHONAN PENYELIDIKAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ATAU FASILITI JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

  1. Permohonan untuk melakukan penyelidikan hanya menggunakan Borang Permohonan Kajian. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui laman web JAKOA di jakoa.gov.my dan klik pada Informasi >Dokumen > Borang.
  2. Permohonan kajian yang dibuat secara berkumpulan hanya dibuat menerusi Pengurus Projek/ Ketua Projek.
  3. Pemohon perlulah menghantar borang permohonan kajian 14 hari awal dari tarikh sebelum menjalankan penyelidikan di perkampungan Orang Asli atau di fasiliti JAKOA.
  4. Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pemohon perlu mengemukakan permohonan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM melalui pendaftaran atas talian, http://eras.moe.gov.my (sumber : http://www.moe.gov.my).
  5. Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan tinggi yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pemohon perlu memohon kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, KPT.
  6. Sekiranya penyelidikan berkaitan kesihatan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pesakit fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pemohon perlu didaftarkan secara atas talian di National Medical Research Register (NMRR) – https://nmrr.gov.my (sumber : Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2015) . Manakala bagi kajian kesihatan tanpa perlu melalui NMRR, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan daripada lembaga etika penyelidikan yang berkaitan.
  7. Bagi pengkaji daripada Universiti Luar Negara, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
  8. Permohonan kajian yang lengkap mestilah disertakan dengan dokumen – dokumen seperti berikut:-
  • Borang Permohonan Kajian – Borang permohonan bagi melakukan Kajian Penyelidikan di Perkampungan Orang Asli;
  • Surat Pengesahan Status Pelajar daripada Universiti / Kolej;
  • Cadangan Penyelidikan yang lengkap mengandungi, Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metadologi Penyelidikan
  • Surat kelulusan kajian bagi perkara (4), (5), (6) atau (7) bagi kajian berkaitan
  1. Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima. Semua kelulusan bagi melakukan program akan dimaklumkan melalui emel dan juga pos.
  1. Setelah diluluskan, pemohon mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jabatan Kemajuan Orang Asli berhak membatalkan kelulusan jika mendapati pengkaji melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  1. Satu naskah laporan/ tesis kajian dalam bentuk hardcopy dan softcopy hendaklah diserahkan kepada :

Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Tingkat 3, Wisma Selangor Dredging

142-C, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur

(U/P: Seksyen Penyelidikan)

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

579,854

PROBE 2015