.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Perpustakaan

Gedung buku yang berbeza dari mana-mana yang terdapat di Negara ini. Perbezaannya ialah Nukilan dan Wacana dari pelbagai para ilmuwan dan cendekiawan menghasilkan manuskrip, jurnal dan kajian yang dijadikan bahan rujukan mengenai masyarakat Orang Asli sepenuhnya.

Sehingga Disember 2009, terdapat 526 buah buku kajian yang terbahagi kepada Tesis peringkat PHD 23 buku, Master 20 buku, Ijazah 186 buku, Diploma 73 buku dan kajian oleh Jabatan dan agensi lain 224 buku. Perpustakaan ini mengandungi lebih kurang 22,066 buah buku bacaan pelbagai peringkat umur untuk masyarakat Orang Asli.

Keunikan perpustakaan ini ialah jurnal tulisan tangan oleh Collin and William Hunt bertajuk Abrogines Of Malaya (4 volume) – 1947, Persuratan lama yang mungkin terhad atau hampir pupus tulisannya iaitu tulisan tangan oleh H.S. Sircom bertajuk The Sakai Of Lower Pahang – 1912 dan kajian oleh Jabatan mengenai kawasan rancangan penempatan semula Orang Asli (RPS Betau), keciciran pelajaran Orang Asli dan lain-lain.

Perpustakaan ini dibina khusus untuk kemudahan kegunaan masyarakat Orang Asli dan warga JAKOA sahaja. Walau pun, tidaklah sehebat Perpustakaan Negara atau Arkib Negara, namun perpustakaan JAKOA ini mempunyai sejarahnya tersendiri dan telah menyumbangkan baktinya sejak dari tahun 50an sehingga dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasminya pada 29 September 1987.

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

594,326

PROBE 2015