.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Usahawan

Program Pembangunan Usahawan kepada masyarakat Orang Asli sentiasa diberi fokus
Penting dalam usaha Jabatan bagi mewujudkan golongan usahawan Orang Asli yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Ke arah itu, program-program jangka pendek dan jangka panjang telah dan akan dilaksanakan oleh JAKOA secara berterusan. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. Pembinaan Premis Perniagaan / Ruang Niaga
Jabatan menyediakan peruntukan bagi membina premis perniagaan / ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang menceburi bidang perniagaan. Pemberian bantuan pembinaan premis perniagaan /ruang niaga ini adalah tertakluk kepada criteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan / Industri kepada masyarakat Orang Asli.

Antara jenis premis perniagaan / ruang niaga yang telah dibina adalah bengkel kraftangan, bengkel membaiki motosikal, bengkel membaiki kereta, bangunan kedai runcit / kedai makan dan kedai jahit.

2. Bantuan / Bimbingan Usahawan
Pemberian bantuan/bimbingan usahawan bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan dan kemajuan usahawan Orang Asli. Bantuan diberi dalam bentuk peralatan perniagan , bantuan mesin dan sebagainya.

JAKOA telah memberi bantuan peralatan perniagaan dalam pelbagai jenis bidang perniagaan yang diterokai oleh masyarakat Orang Asli seperti perniagaan kedai runcit. Kedai makan, kedai jahit, bengkal kenderaan, kafe siber, kedai kraftangan dan lain-lain.

3. Kursus dan Latihan Keusahawanan

JAKOA telah melaksanakan seminar dan kursus-kursus keusahawanan kepada
Usahawan dan belia-belia Orang Asli dalam usaha memberi ilmu dan menambah pengetahuan ke arah meningkatkan kemahiran masyarakat Orang Asli dalam bidang keusahawanan. Kursus-kursus,latihan kemahiran dan seminar yang dilaksanakan adalah melalui kerjasama dengan Jabatan / Agensi kerajaan lain seperti ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia dan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Tinggi dan Pusat Giatmara (MARA ). Melalui semianar dan kursus ini dimasukkan sesi penerangan dan pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh masyarakat Orang Asli.

Kursus-kursus jangka pendek yang lain pendek seperti Kursus Asas Perakaunan dan Simpan Kira telah dilaksanakan melibatkan penyertaan golongan usahawan dan belia Orang Asli.

4. Promosi / Pemasaran
Program promosi /pemasaran adalah bertujuan untuk memperkenalkan usahawan dan produk usahawan Orang Asli kepada masyarakat umum.
Promosi dalam Negara yang melibatkan usahawan Orang Asli adalah melalui penyertaan dalam Karnival, Expo, Pameran anjuran KKLW, JAKOA dan Jabatan /Agensi Kerajaan yang lain seperti Kraftangan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kementerian Belia & Sukan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Promosi Luar Negara : JAKOA melalui program yang dianjurkan oleh KKLW ( seperti SDSI dan Malysia Best ) telah menghantar usahawan Orang Asli menyertai program-program promosi di Luar Negara iaitu di Negara – Negara seperti Thailand, Vietnam ,Indonesia dan Marocco.

Aktiviti Busines Matching diaturkan semasa program promosi dijalankan.

5. Pembangunan Koperasi Orang Asli
Jabatan menyediakan bantuan geran kepada Koperasi Orang Asli bagi melaksanakan projek-projek ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli. Bantuan ini adalah bertujuan untuk memperkasa dan melibatkan Koperasi Orang Asli dalam bidang ekonomi bagi melonjakkan Koperasi Orang Asli ke tahap yang lebih tinggi.

Pemberian bantuan geran ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Program Bantuan Geran kepada Koperasi Orang Asli di bawah Jabatan Kemajuan Oang Asli.

Bantuan geran yang diberi adalah berbentuk ‘one off’ bagi melaksanakan projek-projek seperti berikut:
i. Bangunan atau Premis Perniagaan;
ii. Pembelian peralatan atau mesin;
iii. Projek/Program Ekonomi; dan
iv. Program Pembangunan Modal Insan

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

553,430

PROBE 2015