Strategi Strategi

Strategi

  1. Melaksanakan projek-projek ekonomi yang berdaya maju terutamanya berasaskan tanah yang boleh menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
     
  2. Membangunkan kemudahan-kemudahan asas secara cost-effective dengan mengumpul dan menyusun semula kampung-kampung Orang Asli di kawasan-kawasan pinggiran.
     
  3. Menyerapkan kampung-kampung Orang Asli di kawasan pinggiran ke dalam masyarakat kampung atau bandar yang berdekatan.
     
  4. Mempergiatkan program pendidikan, latihan dan pembangunan minda dikalangan kanak-kanak, remaja dan belia Orang Asli sebagai persediaan untuk keluar dari kebergantungan kepada ekonomi asas tanah.
     
  5. Mengekalkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada ahli-ahli masyarakat dalam kumpulan termiskin untuk membolehkan mereka menyahut program-program sosioekonomi Kerajaan.
     
  6. Memupuk pembangunan institusi-institusi sosial dan ekonomi dan NGO Orang Asli melalui proses penglibatan dan empowerment.
     
  7. Pendekatan secara proaktif dalam mendapatkan calon dan penyertaan dalam program-program Kerajaan.
     
  8. Menekankan kepada peningkatan imej masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih moden dan progresif dan menghapuskan sebarang 'stereotyping" negatif.
     
  9. Bekerjasama dengan jabatan-jabatan/agensi kerajaan lain dalam melaksanakan program-program pembangunan Orang Asli.
     
  10. Meningkatkan penggunaan IT dalam pengurusan Jabatan serta perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan fizikal dan minda.
  11.