??????? ???? ??? ???? ?????? ???? ?????

Semangat juang yang tidak pernah padam, begitulah yang boleh digambarkan kepada Deanial Bah Angan, 27.
Β 
Bapa kepada seorang cahaya mata berusia tiga tahun itu adalah salah seorang daripada 236 belia Orang Asli yang telah dipanggil ke sesi pemilihan Konstabel Polis YP1 di Kompleks PDRM Alor Akar di Kuantan.
Β 
Menurut beliau, pakaian seragam berwarna biru pasukan polis menjadi pembakar semangat serta tarikan utama untuk dia memilih kerjaya berkenaan hingga sanggup lapan kali mencuba termasuk kali ini.
Β 
Semoga Deaniel dan rakan-rakan sepejuangan yang lain diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Β 
polis
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:38 AM