??????? ??????? ???????? ???? ????? ?? ?? ???? ?????

“Saya berharap sangat semoga program outreach di RPS Kemar ini berjaya mencapai imuniti kelompok dalam usaha kita mencegah COVID-19”, kata Dr Farhana binti Abdul Khir, selaku Pegawai Penyelaras Program Outreach Vaksinasi Daerah Hulu Perak.
ย 
Perjalanan menaiki bot laju selama 40 minit dari Gerik ke RPS Kemar tidak melunturkan semangat para _frontliners_ dalam usaha murni mereka. Beliau optimis dengan kerjasama baik dari Batin dan Pegawai JAKOA Daerah, sasaran imuniti kelompok boleh dicapai.
ย 
Untuk rekod, PKD Hulu Perak telah berada di RPS Kemar selama 6 hari dan bercadang untuk membawa unit bergerak mereka ke perkampungan Orang Asli di sini pada hari ini dan esok bagi memudahkan mereka untuk memberikan suntikan vaksin.
ย 
Setakat 11 September, sejumlah 1564 Orang Asli telah divaksinasi dengan majoritinya vaksin CanSino manakala vaksin Pfizer pula dikhususkan untuk wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
ย 
Semoga masyarakat Orang Asli khususnya dan rakyat Malaysia amnya sentiasa terhindar dari pandemik ini. Marilah kita bersama menang menentang COVID-19.
ย 
1
Kemaskini Terakhir : 12 / 09 / 2021 11:11 AM