11 November 2020 (Rabu), Kampung Orang Asli Sungai Temin & Kampung Orang Asli RPS Banun.
 
Penyerahan bantuan bot kepada usahawan Orang Asli dibawah Program Bantuan Bimbingan Usahawan (BBU) Orang Asli Negeri Perak
Penerima 1 : Heri Bin Husin (KOA Sg. Temin)
Penerima 2 : Ibrahim Bin Ngah ( KOA RPS Banun).
 
Bantuan Bimbingan Usahawan (BBU) ini diberikan bertujuan untuk peningkatan Ekonomi Usahawan disamping mereka dapat memberikan perkhidmatan kebajikan kepada penduduk setempat dalam kes-kes kecemasan seperti membawa keluar pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ke hospital dan lain-lain khidmat kebajikan.
 
Usahawan juga menjalankan perkhidmatan pengangkutan mengangkut pelajar ke sekolah melalui jalan air dan aktiviti pelancongan disekitar Tasik Banding dan Tasik Temenggor bagi meningkatkan pendapatan mereka.
 
Penyerahan telah disempunakn oleh Tuan Harulnizam bin Abd Rahman Pengarah JAKOA Perak dan Kedah. Turut hadir ialah Ketua Unit Ekonomi Sosial, pegawai-pegawai jakoa negeri serta pegawai-pegawai dari JAKOA Daerah Hulu Perak/Baling.

Kemaskini Terakhir :