IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MYSTEP) JAKOA

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

IKLAN JAWATAN KOSONG
SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP)
TARIKH BUKA IKLAN: 26 JUN 2024

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP:-

SYARAT PERMOHONAN:
✓ Warganegara Malaysia;
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 26 Jun 2024;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
✓ Boleh bertutur dalam Bahasa Masyarakat Orang Asli adalah satu kelebihan.

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : pengambilan@jakoa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 3 JULAI 2024

Kemaskini Terakhir : 27 / 06 / 2024 05:03 PM