5 Kejayaan Anak Orang Asli Ini Boleh Dijadikan Inspirasi

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang akademik dan juga sukan. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Kerajaan juga menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus membantu memperkasakan taraf pembangunan kehidupan, pendidikan dan sosio ekonomi mereka. Lima orang anak Orang Asli antara yang menyinar dengan kejayaan mereka. Siapakah mereka?

1. Zumika Azmi dan Sasha Azmi

Zumika dan Shasha Azmi

Zumika Azmi, 19 dan Sasha Azmi,17 yang berasal dari suku kaum Temiar dan berasal dari Gua Musang Kelantan ini aktif bersukan sejak dari sekolah lagi sehingga berjaya mewakili Malaysia dalam sukan kriket. Kedua-adik beradik yang merupakan pemain skuad negara kini menjalani latihan bersama jurulatih Thushara Prabath Kodikara sejak bulan Ogos lalu. Zumika dan Sasha Azmi yang berasal dari perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ini membantu skuad kriket negara meraih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA menewaskan Singapura dengan 52 larian menerusi sembilan over. 

2. Jay Nurivanna Asrienza Jaya

Jay dan ibu bapanya ketika majlis konvokesyen ke-40 UPM

Jay Nurivanna Asrienza Jaya berketurunan Orang Asli Suku Temuan merupakan seorang graduan Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan juga pelajar tajaan biasiswa dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Kejayaan luar biasanya ini berjaya membanggakan ibu dan bapanya serta seluruh masyarakat Orang Asli hari ini. Jay yang merupakan anak sulung dalam keluarga membuat keputusan untuk bekerja bagi membantu keluarga. Kini Jay Nurivanna Asrienza Jaya bekerja sebagai Mobile Application Developer di sebuah firma di Kuala Lumpur.

 

3. Norashikin Mohamad Sayed

Aksi cemerlang Norashikin dalam sukan layar

Gadis ini merupakan anak orang asli pertama yang mewakili negara dalam Sukan Layar. Norashikin mula menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan layar bermula dengan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang. Dia mengikuti bapanya Mohamad Sayed Abdullah, yang bersara sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Dia juga merupakan graduan UITM Perlis dalam jurusan Diploma Sains Sukan. Pencapaiannya juga sangat memberangsangkan apabila dia memperoleh pingat perak Sukan Asia China 2010, pingat emas Kejohanan Kapal Layar Asia di China 2010, pingat gangsa Sukan SEA Myanmar 2012, pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 dan pingat perak Sukan SEA KL 2017.

 

4. Muhammad Nasri bin Mamat A.K.A LimakJimar

Muhammad Nasri bin Mamat dan Zaidi Bin Rashid

Muhammad Nasri bin Mamat A.K.A LimakJimar (jersi Barcelona) dan sahabatnya Zaidi Bin Rashid akhirnya temui platform terbaik untuk menggilap bakat mereka dalam dunia bola sepak apabila dilamar persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mencuba nasib dalam pemilihan pemain skuad Piala Presiden Kelantan. Galakan dan sokongan yang telah diberikan oleh KAFA ini mampu menyuntik semangat dan keyakinan yang cukup tinggi buat anak-anak muda dari masyarakat orang asli di negeri Kelantan untuk keluar dan mencari platform terbaik bagi mengetengahkan dan menggilap lagi bakat mereka dalam sukan bolasepak.

5. Emaliana Bah Ali

Emaliana bersama anak saudaranya, Alisyariana Man

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil ini berjaya melakar sejarah sebagai pelajar pertama masyarakat Orang Asli di Perak yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Emaliana Bah Ali, anak Orang Asli keturunan Semai ini meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan 3.75 apabila mendapat A dalam mata pejaran Pengajian Perniagaan dan A- bagi tiga subjek lain iaitu Pengajian Am, Geografi serta Ekonomi.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Kemaskini Terakhir : 7 / 10 / 2020 01:56 PM