Nama En. Saiful Zahlan Bin Muhamad Azmi
​E-mel saiful.zahlan[at]jakoa[dot]gov[dot]my
​Telefon 603-2161 0577
​Fax ​603-2164 3793

Bidang Tugas

Secara khususnya, bidang tugas dan tanggungjawab CIO termasuk:-

  1. Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi.
  2. Memperkernaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
  3. Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan
  4. Menentu hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian.
  5. Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi.
  6. Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha atau Ketua Jabatan/ agensi.
  7. Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change).
  8. Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

 

Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

  1. CIO perlu memastikan pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability, dan
  2. CIO juga perlu memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT di agensi yang boleh membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

 

Keselamatan (Dasar Keselamatan ICT)

  1. Membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT.
  2. Menentukan keperluan keselamatan ICT.
  3. Menyelaras dan mengurus  pelan latihan dan program kesedaran keselamatan  ICT  seperti  penyediaan  DKICT  MAMPU  serta pengurusan risiko dan pengauditan.
  4. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT MAMPU.

 

 

Tarikh kemaskini: