TUGAS MULIA

Berpadu tenaga dalam Jabatan
Demi insan yang mengharapkan
Kita serumpun kita sealiran
Kitalah penyambung warisan

Walau cabaran datang melanda
Amanah bangsa harus dilaksana
Kita serupa tiada berbeza
Di sini satu tugas yang mulia

* Kerja biarlah berjasa
Amanah jujur jadikan budaya
Hormat hormati sesama kita
Etika kerja amalkan bersama

** Gunung mana yang tak kami daki
Sungai mana tak diharungi
Demi tugas sanggup hadapi
Khidmat diberi taburkan bakti

(Ulang *, **)
Khidmat diberi taburkan bakti (3X)