Program Pendidikan Formal

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR ORANG ASLI CEMERLANG
Majlis Anugerah Pelajar Orang Asli Cemerlang (MAPOAC) merupakan salah satu insentif JAKOA untuk memberi galakan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Program Pendidikan Non-Formal

1. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU OPERASI GRED N11
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pembantu Operasi Gred N11 diadakan bagi memberi pengetahuan mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab pembantu operasi/pembantu tabika. Selain itu, ia bagi meningkatkan mutu, kualiti dan integriti semasa menjalankan tugas.

2. PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME IBU PENGGALAK PEMBACA
Program Peningkatan Profesionalisme Ibu Penggalak Pembaca diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan yang menyeluruh mengenai perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Selain itu, latihan dan pendedahan dari aspek teori dan praktikal turut diberikan Ibu Penggalak Pembaca seperti persediaan mengajar, teknik mengajar di dalam kelas, “grooming”, membentuk alat bantu mengajar dan sebagainya.

Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2) serta Sijil Profesional Khas serta mewujudkan peluang pendapatan yang lebih tinggi kepada belia dan beliawanis masyarakat Orang Asli selaras dengan keperluan Industri semasa.

Fungsi Unit Kebajikan Pesakit adalah memberikan bantuan kebajikan dan perubatan kepada Pesakit dan Pengiring Pesakit Orang Asli. Antara bantuan kebajika yang disalurkan termasuklah barang-barang kebajikan, makanan pengiring pesakit, alat sokongan, penghantaran pulang pesakit, melawat pesakit di hospital, pengurusan jenazah, menyediakan surat jaminan, pengesanan waris dan lain-lain lagi. Manakala bantuan perubatan adalah seperti bantuan pembedahan dan rawatan, alat bantuan, urusan temujanji, pengambilan ubat dan sebagainya.