Perutusan Ketua Pengarah

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara JAKOA dan masyarakat umum terutamanya bagi masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan maklumat mengenai jabatan, tugas serta fungsi JAKOA yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli.

Saya selaku Ketua Pengarah JAKOA ke-17 akan berusaha dengan sedaya-upaya merealisasikan visi dan misi jabatan untuk membawa masyarakat Orang Asli ke arah kemajuan agar seiring dengan masyarakat lain dengan tidak sesekali melupakan identiti, warisan dan adat resam masyarakat Orang Asli.

Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada seluruh masyarakat Orang Asli agar sentiasa bersama-sama dengan JAKOA yang menyediakan pelbagai program untuk membawa perubahan dari segi sosioekonomi dan modal insan supaya masyarakat Orang Asli dapat keluar daripada masalah kemiskinan serta tidak mengharapkan bantuan semata-mata. Semoga kita terus maju dan menjadi sebuah masyarakat yang gemilang.

Akhir kata, adalah diharapkan agar pengunjung laman web ini akan mendapat maklumat yang diperlukan mengenai JAKOA serta berkenaan masyarakat Orang Asli.

Sekian, terima kasih.

Profesor Dr. Juli Edo
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli

Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Jabatan Perdana Menteri)
Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block,
Wisma Golden Eagle Realty,
142-c, Jalan Ampang,
50548 Kuala Lumpur.

Phone: 03-2161 0577
Fax: 03-2162 1470
Email: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Kata Kunci:

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element