| | |

Kepimpinan

Laman Utama » Kepimpinan
YB Senator Dato' Hj. Isa bin Ab Hamid – Ahli Dewan Negara

YB Senator Dato' Hj. Isa bin Ab Hamid – Ahli Dewan Negara

Beliau merupakan Ahli Dewan Negara bagi kuota masyarakat Orang Asli. Berdasarkan komitmen yang ditunjukkan, beliau telah memegang jawatan ini selama dua penggal. Iaitu pada 18.04.2016 - 17.04.2019 dan disambung  lagi lantikan pada 22.04.2019 - 21.04.2022. Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai Ketua Bahagian Bersatu Pontian sebagai usaha untuk mendekatkan diri lagi bersama komuniti. Pengalaman beliau yang pernah bertugas sebagai guru pendidikan seni, pegawai pendidikan digunakan dengan sebaiknya dalam usaha memajukan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ahli parlimen negara, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang selama 4 tahun dan ini menjadikan beliau lebih memahami akan segala keperluan dan permasalahan berkaitan masyarakat Orang Asli

YB Tuan Ramli Bin Dato' Mohd Nor – Ahli Parlimen Cameron Highlands

YB Tuan Ramli Bin Dato' Mohd Nor – Ahli Parlimen Cameron Highlands

Ramli bin Dato' Mohd Nor adalah seorang ahli parlimen di Malaysia. Berikutan kemenangan Ramli Mohd Nor pada tarikh 26 Januari 2019 untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, beliau telah mencipta sejarah negara sebagai Orang Asli pertama yang dilantik sebagai  Ahli Parlimen di Malaysia. Beliau dilahirkan di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor pada tahun 1958. Bapa beliau berasal dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang dan ibu  beliau pula berasal dari  suku kaum Termiar di Gua Musang, Kelantan. Sebelum menceburkan diri di dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis Negara.

Kemaskini Terakhir :

Skip to content