Usahawan Bimbingan JAKOA

Laman Utama » Orang Asli » Usahawan Bimbingan JAKOA

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan

Helmi bin Naim Ahmad

Helmi bin Naim Ahmad adalah seorang usahawan Orang Asli yang berasal dari Kampung Orang Asli Ulu Chembong Rembau, Negeri Sembilan. Beliau berketurunan suku kaum Temuan.

Beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai kebolehan dalam mengukir dan membuat produk kraftangan berasaskan kayu terbuang (tunggul kayu) jenis tembusu dan alam semulajadi serta mempunyai syarikat sendiri.

Pada tahun 2010 beliau memulakan langkah daripada sekadar hobi dan penghasilan kraftangan secara kecil-kecilan kepada produk yang lebih besar dan unik. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan bermulalah penubuhan syarikat Temuan Abo Craft pada 10 April 2013. Beliau juga mengembangkan perniagaan dalam eko-pelancongan iaitu penginapan chalet bermula pada tahun 2017. Beliau telah mencapai beberapa kejayaan seperti berikut:

2013Berjaya memenangi Booth Tercantik Karnival Orang Asli 2013 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam
2014

Berjaya memenangi Tempat Ke 3 Export Furniture Malaysia( EFE ) dalam kategori Garden Furniture bertempat di KLCC, Kuala Lumpur pada 5 – 8 Mac 2014

Berjaya memenangi tempat ke 3 di Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada 4 -7 Disember 2014 di MITC Ayer Keroh Melaka

2015

Terpilih untuk mempromosikan produk kraf di Milan, Italy

Jualan tertinggi bagi Kategori Mesra Pelanggan di Karnival Usahawan Orang Asli Tahun 2015 bertempat di Kuantan Parade, Pahang

2016

Anugerah Usahawan Mara Negeri Sembilan bertempat di Royal Bintang

Anugerah Usahawan Jaya JAKOA dan KKLW bertempat di Seremban Prima, Negeri Sembilan

2017

Terpilih untuk mempromosikan produk kraf di German

Ikon Orang Asli Islam anjuran JAKIM pada 11 April 2017

Ikon Belia Orang Asli dan Anugerah Remaja Perdana anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang dianugerahkan Oleh YB. Brig Gen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan

Terlibat dalam perbincangan Meja Bulat TN50 bersama Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2017

Penghargaan dari Universiti Sains Islam Malaysia atas latihan kepada wakil pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama


Bantuan Yang Diterima
Menerima bantuan daripada JAKOA seperti premis ruang niaga beserta peralatan bengkel sebanyak RM 70,000.00 pada tahun 2015 dan 2016.

Latihan Dan Kursus
Mengikuti kursus dan latihan di bawah JAKOA seperti kursus asas pengurusan homestay, kursus pemasaran atas talian, kursus SKM 2, kursus kemasan produk dan kursus anyaman rotan.

Puan Faarezan binti Radzali

Puan Faarezan binti Radzali merupakan usahawan Orang Asli yang berjaya dalam bidang Eko Pelancongan dan mempunyai perniagaan yang berdaftar atas nama Temuan PD Enterprise. Beliau berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang.

Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Pasir Panjang, Port Dickson dan mula menjalankan aktiviti eko-pelancongan tahun 2017. Selama penglibatan beliau dalam bidang eko-pelancongan, perniagaan homestay beliau sering menjadi tumpuan dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar negara seperti China, Taiwan dan Jerman.

 

Bantuan Yang Diterima

Beliau telah menerima bantuan peralatan dari JAKOA dan bantuan projek naiktaraf homestay pada tahun 2019. Beliau juga menerima bantuan projek naiktaraf pendawaian pada tahun 2020.

 

Latihan Dan Kursus

Beliau pernah mengikuti kursus dan latihan anjuran JAKOA seperti Kursus Panduan Homestay, Kursus Pengurusan Rumah, Kursus Pengendalian Makanan, Kursus Aktiviti Rekreasi Homestay, Kursus Pengendalian Keadaan Keselamatan dan Kesihatan, Kursus Perkhidmatan Pelanggan Homestay, Kursus Asas Pengurusan Kewangan, Seminar Eko Pelancongan Masyarakat Orang Asli, Kursus Asas Keusahawanan anjuran INSKEN, Kursus Leverage Your Legacy anjuran MARA Ventures Sdn Bhd.

SELANGOR

Selangor

Nur Raziana binti Ramli

Nur Raziana binti Ramli adalah seorang usahawan Orang Asli yang berjaya dalam bidang ternakan lebah kelulut. Beliau berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong Sungai Pelek, Sepang dan dari suku kaum Mah Meri. Beliau berpengalaman dalam bidang ternakan lebah kelulut selama 7 tahun yang bermula secara sambilan dengan 3 sarang pada tahun 2013. Beliau mengikuti kursus hand holding di bawah anjuran JAKOA dan MARDI pada tahun 2014 dan telah mendapat bantuan peralatan dan ternakan lebah kelulut. Lanjutan daripada bantuan tersebut beliau memulakan ternakan lebah kelulut di sekitar rumah dan mendaftarkan syarikat pada 22 September 2014 dengan nama syarikat TRIGONA ASLI ENTERPRISE. Pada tahun 2015 beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan menjual dan memasarkan produk berasaskan lebah kelulut seperti sabun, pelembap bibir, lilin, bahan-bahan untuk aromatherapy, beepollen dan sebagainya. Di samping itu beliau juga menjual dan memborong sarang lebah kelulut serta menjadi jururunding bagi memberikan khidmat nasihat berkaitan lebah kelulut.  Beliau juga mencapai beberapa kejayaan seperti berikut:

 

2016Ahli Persatuan Usahawan Lebah Kelulut (PUKM) Pemegang taruh dalam Akademi Kelulut Malaysia (AKM) Jururunding PASFA (Pesatuan Peladang Negeri Pahang)
2017Bekerjasama dengan Homestay Banghuris
2018Bekerjasama dengan Universiti Andalas Padang
2019Bekerjasama dengan Pusat Tahfiz Darul Furqan


Membantu usahawan Orang Asli dengan membimbing dan menuai hasil kelulut usahawan Orang Asli untuk dipasarkan. Pendapatan beliau pada masa kini adalah sebanyak RM 20,000.00 sebulan.

 

Bantuan Yang Diterima
Menerima bantuan daripada JAKOA seperti bantuan sarang kelulut, bangunan makmal dan peralatan serta peralatan mesin dengan anggaran kos sebanyak RM75,000.00.

 

Latihan Dan Kursus
Beliau pernah mengikuti kursus anjuran JAKOA dan agensi lain seperti Kursus Penternakan Lebah Kelulut, Kursus Intensif Ternakan Lebah Kelulut Tahap 2, Seminar Perbandingan Ternakan Lebah APIS Dan Lebah Kelulut 2014, Kursus Pemprosesan Produk Hiliran Lebah Kelulut, Kursus BEESCAPE Kelulut, Kursus Pengenalan ID Kelulut Bengkel Produk Hiliran Berasaskan Kelulut Siri 1, Seminar Usahawan Orang Asli 2014 dan Program Halal Negeri Selangor 2014 (Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan).

Norazman bin Jamalim

Norazman bin Jamalim adalah usahawan Orang Asli yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Lanjan, Bandar Damansara Perdana, Bukit Lanjan. Beliau berumur 39 tahun dan merupakan suku kaum Temuan. Beliau sangat berdikari dan mempunyai minat untuk menguruskan dan menjayakan aktiviti yang berkaitan dengan membekalkan perkhidmatan sewaan peralatan.

 

Beliau mula berkecimpung dalam kerja-kerja menyewa sistem PA dan memasang khemah untuk majlis keramaian pada tahun 2010.

 

Minat beliau mula berkembang dan mula merancang untuk membekalkan perkhidmatan tersebut sendiri. Selaras dengan tujuan itu, beliau menyertai seminar dan kursus usahawan yang yang dianjurkan oleh pihak JAKOA dan mendaftarkan syarikat Daya Usaha Desa Enterprise pada tahun 2012 dengan modal permulaan sebanyak RM5000.

 

Hasil kegigihan dan mutu perkhidmatan beliau yang baik, beliau sering menerima tempahan majlis-majlis rasmi dan keramaian sehingga kini. JAKOA juga telah menyokong memajukan perniagaan beliau dengan membantu menyalurkan bantuan peralatan seperti 3 set khemah beserta kerusi yang bernilai hampir RM20,000 dan juga set Sistem PA yang bernilai hampir RM18,000 pada tahun 2014 dan 2020.

 

Selain perkhidmatan sewa khemah, sistem PA dan pengangkutan, beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual benih-benih pokok herba dan rempah ratus seperti tongkat ali, kacip fatimah, ubi jaga, serai, kari, kunyit dan semomok. Dengan pendapatan purata bersih sekurang-kurangnya RM2500 sebulan, beliau mampu mengajikan tiga orang pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan beliau. Beliau juga telah mencapai beberapa kejayaan seperi berikut :

 

2013Menyertai Karnival Usahawan Desa KKLW (KUD) Putrajaya
2014

Menyertai Pameran & Jualan JAKOA – Aeon Mall Setiawangsa

Menyertai Pameran & Jualan JAKOA – PKNS

2015

Menyertai Pameran & Jualan JAKOA – Mydin Melaka

Menyertai Pameran & Jualan JAKOA – Mydin Ipoh

2016PIBG Cemerlang Sekolah Orang Asli – JAKOA
2017Menyertai Karnival Usahawan Desa KKLW (KUD) PWTC
2018Anugerah Kategori Gangsa Zakat Selangor
2019

Tokoh Individu Orang Asli Mithali Negeri Selangor (JAIS)

Menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD)


Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah menyalurkan bantuan peralatan 3 set khemah beserta kerusi bernilai hampir RM20,000 pada tahun 2014 dan peralatan set sistem PA bernilai hampir RM18,000 pada tahun 2020.

 

Latihan Dan Kursus
Menyertai seminar dan kursus usahawan anjuran JAKOA, MARA, TEKUN, MOF dan SSM bermula tahun 2012 sehingga kini.

A.Samri a/l Abdul Rahman

A.Samri a/l Abdul Rahman adalah usahawan Orang Asli yang berjaya dan berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Beliau berumur 45 tahun dan merupakan suku kaum Mahmeri. Usahawan Orang Asli ini mempunyai kemahiran dan pengalaman mengukir patung dan topeng suku kaum Mahmeri lebih 25 tahun.

 

Beliau mula mengukir patung moyang Sauh dari kayu Nireh Batu yang kecil pada tahun 1994 dan telah memperoleh pendapatan pertama sebanyak RM25.00 seunit.

 

Bermula dari situ, beliau tidak jemu berusaha dan memperbaiki mutu hasil ukiran beliau sehinggalah beliau berjaya menjual patung Moyang Puting Beliung dengan harga RM700 seunit pada tahun 2000. Menyedari kemampuan kemahiran yang dimiliki dan hasrat untuk mengekalkan budaya dan warisan yang telah diperturunkan, beliau mula mengikuti pelbagai program, seminar, kursus usahawan yang dianjurkan oleh JAKOA dan agensi lain. Beliau juga memperbanyakkan lagi hasil seni kraftangan ukiran patung dan topeng pelbagai saiz untuk dijual serta dipamerkan di ekspo dan karnival jualan kraftangan. Pada tahun 2013, beliau telah mendaftarkan syarikat K.Nyireh Batu Enterprise.

 

Beliau juga telah menerima bantuan KIOSK, bengkel, mesin, pahat dari pihak Kraftangan Malaysia. JAKOA juga turut membekalkan peralatan mesin untuk membantu beliau menghasilkan hasil ukiran yang lebih baik dan berkualiti. JAKOA sering membantu beliau untuk menyertai ekspo jualan kraftangan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan  baik di dalam dan luar negara. Antara jenis-jenis ukiran yang pernah beliau hasilkan adalah seperti Topeng Moyang Tok Naning, Topeng Moyang Siamang, Topeng Moyang Terok, Patung Moyang Puting Beliung, Patong Moyang Ketam dan Patung Moyang Tenung Jerat Harimau.  Beliau dibantu oleh seorang pekerja dan pendapatan purata bersih beliau adalah sekurang-kurangnya RM1000 sebulan. Beliau juga berpeluang mempromosi dan menjual hasil kraftangan ukiran kayu ke luar negara seperti Paris, London, Bangkok, Shanghai dan Bali. Beliau juga telah mencapai beberapa kejayaan seperi berikut :

 

2006

Hari Kraf Kebangsaan anjuran Kraftangan Malaysia

Menyertai Minggu Kebudayaan Orang Asli anjuran JAKOA

2009Menyertai One Settlement One Product Internatioanal Exhibition 200 di Bali, Indonesia
2010Menyertai Ekspo Kebudayaan Malaysia anjuran Kraftangan Malaysia di Shanghai
2012

Menyertai Demo Ukiran Kayu di Promosi Kraf Inspirasi Alam Kraftangan Malaysia

Menyertai Malaysia Cultural Week anjuran Kraftangan Malaysia di London, England

Menyertai Hari Muzium Antarabangsa

2013Urus Pengupayaan Ekonomi Usahawan Koperasi anjuran JAKOA di Jakarta, Indonesia
2014Menyertai Pameran & Jualan JAKOA – Aeon Mall Setiawangsa
2015Menyertai Malaysia Cultural Week anjuran Jabatan Warisan Negara di Paris, Perancis
2017Menyertai Karnival Orang Asli anjuran JAKOA
2019ECO Print, Jam Kayu, Replika Berbentuk Bangunan Negeri Selangor untuk dihadiahkan kepada DYMM Sultan Selangor
2020Fast Track Program Desamall@KPLB


Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah menyalurkan bantuan peralatan mesin alatan ukiran pada tahun 2020 dengan anggaran kos sebanyak RM19,000.00.

 

Latihan Dan Kursus
Beliau juga ada menyertai seminar, kursus usahawan dan ekspo jualan anjuran agensi kerajaan seperti JAKOA, Kraftangan Malaysia, Jabatan Warisan Negara dana lain-lain agensi bermula tahun 2006 sehingga kini.

Nur Afiqah binti Abdullah

afiqah

Nur Afiqah binti Abdullah adalah usahawan Orang Asli yang berjaya, berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor. Beliau berumur 37 tahun dan merupakan dari suku kaum Mahmeri.


Beliau mempunyai minat untuk berniaga dan menguruskan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan reka bentuk dan percetakan. Bermula dari mengambil upah dari kenalan, beliau merekabentuk banner, bunting, kad perkahwinan, kad perniagaan dan lain-lain lagi secara kecil-kecilan. Dengan dibantu oleh suami yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia dan grafik, beliau membuka sebuah kedai fotostat dan menjual alat tulis di pekan Semenyih.


Beliau mula menyertai seminar dan kursus usahawan yang yang dianjurkan oleh pihak JAKOA dan mendaftarkan syarikat Salamsinar Maju Enterprise pada tahun 2016 dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Hasil kegigihan dan mutu perkhidmatan beliau yang baik, beliau sering menerima tempahan dari orang awam,  syarikat korporat dan juga agensi Kerajaan. JAKOA menyokong memajukan perniagaan beliau dengan membantu menyalurkan bantuan peralatan seperti mesin cetak baju (heat press), laminating roll dan Eco Solvent Printer yang bernilai hampir RM10,000.


Selain perkhidmatan yang ditawarkan, beliau menyediakan khidmat rekabentuk grafik, terjemahan bahasa, penerbitan buku/audio visual, penerbitan buku digital, khidmat fotografi, cetakan T-Shirt dan baju korporat. Pendapatan purata bersih beliau adalah RM8000 sebulan dan mempunyai seorang pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan beliau. Beliau juga telah mencapai beberapa kejayaan seperi berikut :

2009Pereka Grafik Buku Teks JAKIM
2011 – 2020Kerja-kerja pra-cetak buku teks dan am
2017 – 2018Pereka Grafik Buku Teks JAIS


Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah menyalurkan bantuan peralatan mesin percetakan bernilai hampir RM10,000 pada tahun 2019

Latihan Dan Kursus
Beliau menyertai seminar dan kursus usahawan anjuran JAKOA, MARA, TEKUN, Kementerian Kewangan dan SSM bermula tahun 2016 sehingga kini.

PAHANG

Pahang

Syamsiah binti Mohd Rashid

Syamsiah binti Mohd Rashid adalah usahawan Orang Asli yang berasal dari Felda Keratong 8, Muadzam Shah, Pahang. Beliau berumur 40 tahun, dan merupakan suku kaum Jakun.

 

Beliau mempunyai kemahiran dalam membuat produk kuih bahulu dan menyediakan kuih-muih yang siap dibekukan (Frozen Food). Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM3000 serta minat dan azam yang tinggi, beliau mula menjual produk secara kecil-kecilan di kawasan setempat. Melihat potensi produk yang mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang semakin tinggi beliau telah mendaftarkan syarikat SS Dhuha Enterprise pada tahun 2016 untuk melestarikan cita-cita beliau sebagai usahawan kuih bahulu dan pembekal kuih muih sejuk beku. Sehingga kini beliau telah beroperasi selama 4 tahun dengan dibantu oleh dua orang pekerja tetap. Dengan berkat usaha, hasil produk yang sedap dan berkualiti serta kaedah pemasaran beliau yang berkesan, kini beliau mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5000 setiap bulan. Beliau juga mencapai beberapa kejayaan seperti berikut:

 

2016 – 2019Ekspo Jualan Felda 2016, 2017, 2018, 2019
2017

Coaching & Mentoring Business Women

Karnival Usahawan Orang Asli Melaka

2018Karnival Usahawan Desa (KUD) Terengganu
2019Menyertai MAHA Serdang
2018 – 2019Karnival Usahawan Muslim Pahang 2018, 2019

 

Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah menyalurkan bantuan peralatan seperti ketuhar gas 1 tier 2 tray, pengadun komersial berkapasiti 4 kg, rak troli 4 baris, acuan bahulu, peti ais jenis chest freezer dan meja kerja statik yang bernilai hampir RM10,000.

Azmani bin Nurdin

Azmani bin Nurdin adalah usahawan tani Orang Asli yang berasal dari Kampung RPS Orang Asli Sungai Bilut, Raub Pahang. Beliau berumur 22 tahun, dan merupakan suku kaum Temuan.

 

Beliau merupakan usahawan Orang Asli yang mempunyai kemahiran menjayakan ladang tanaman sayuran secara fertigasi. Beliau memulakan tanaman fertigasi ini hasil dari pengetahuan dan kemahiran yang beliau perolehi dari kursus Farmers Field School (FFS) Peringkat Negeri Pahang serta menamatkan kursus tanaman fertigasi secara bersiri yang telah dianjurkan oleh Jabaran Pertanian selama hampir dua tahun. Beliau mendaftarkan syarikat Mahaguru Azmani Din Enterprise pada tahun 2017. Sebelum itu, beliau telah membuat kertas kerja bagi mengusahakan tanaman fertigasi untuk memohon pinjaman dari pihak bank tetapi ditolak. Kemudian beliau telah berunding dengan Jabatan Pertaniah Daerah Raub untuk menjayakan projek tersebut tetapi agensi tersebut tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi untuk tujuan tersebut. Pegawai Jabatan Pertanian dan beliau telah berhubung dengan Unit Pertanian JAKOA Negeri Pahang untuk memohon melaksanakan projek ini. Kertas kerja telah dibentang ke Ibu pejabat JAKOA yang meluluskan RM120,000 dan disalurkan bagi peralatan keseluruhan projek fertigasi tersebut.

 

Pada permulaan projek, beliau mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pertanian Daerah Raub dalam memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar untuk menjayakan projek tersebut. Pengalaman beliau selama tiga tahun mengurus dan menjayakan ladang fertigasi ini telah banyak membantu masyarakat setempat meningkatkan ekonomi, tenaga kerja, membekal makanan yang sihat serta mengguna pakai lebih banyak kawasan lapang yang tidak diusahakan sebagai ladang fertigasi. Sehingga kini beliau sudah mempunyai 6 orang pekerja tetap untuk menguruskan ladang tersebut. Kini beliau telah berjaya mempelbagaikan hasil tanaman secara fertigasi seperti timun, petola, cili bara, cili kulai, terung dan peria. Kesemua hasil tanaman ini telah berjaya dipasarkan dan dijual ke FAMA, Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Jerantut dengan pulangan purata pendapatan bersih sebanyak RM5000 sebulan. Beliau juga melanjutkan pendidikan dalam bidang pertanian demi memajukan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dalam bidang pertanian serta kelangsungan perniagaannya di masa depan.

Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah meyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk peralatan keseluruhan projek fertigasi bernilai RM120,000 kepada beliau untuk memajukan projeknya dan menjayakan usaha beliau untuk menjadi usahawan tani.

Hasim a/l Sik

Hasim a/l Sik adalah usahawan Orang Asli yang berasal dari Kampung Sop, Pos Lenjang di Daerah Lipis. Beliau berumur 49 tahun dan merupakan suku kaum Semai.


Beliau sedang berkhidmat sebagai Pembantu Operasi di Sekolah Kebangsaan Lenjang selama hampir 20 tahun. Akan tetapi beliau lebih dikenali sebagai usahawan yang berjaya dalam bidang sektor inap desa dan berpengalaman menguruskan inap desa hampir 5 tahun. Sebagai permulaan beliau mempunyai 4 pondok kecil dan tapak perkhemahan. Tujuan beliau membina serta menyediakan kemudahan tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada agensi- agensi serta pengunjung luar yang sering berkunjung untuk berurusan dengan masyarakat orang asli di sekitar Pos Lenjang. Dengan dorongan serta kursus yang pernah beliau ikuti, beliau menambah bilangan unit bangunan inap desa sedia ada untuk keselesaan dan menampung jumlah pengunjung yang ramai. Beliau mendaftarkan perusahaan inap desa beliau atas nama syarikat Jaya Gunung Enterprise pada penghujung tahun 2015. Dengan adanya perusahaan inap desa ini juga, ianya dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung orang asli untuk bekerja mengurus, membersih, dan membaik pulih inap desa.


Jaya Gunung Enterprise mempunyai kemudahan seperti unit inap desa, tapak perkhemahan, kemudahan air dan bekalan elektrik daripada penjana elektrik diesel. Selain daripada itu, Jaya Gunung Enterprise mempunyai kemudahan surau untuk pengunjung yang beragama islam bagi mendirikan solat. Jaya Gunung Enterprise juga menyediakan ‘prepaid Wi-Fi hotspot’ untuk kemudahan komunikasi pengunjung. Beliau juga mempunyai beberapa sumber pendapatan yang lain seperti kedai runcit, perkhidmatan pengangkutan murid, serta ladang getah dan kebun buah-buahan. Penduduk kampung serta pengunjung boleh mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian daripada kedai runcit yang disediakan. Bagi perkhidmatan pengangkutan pula, ia memberi kemudahan pengangkutan bagi pelajar-pelajar di sekitar Pos Lenjang untuk berulang-alik daripada rumah ke Sekolah Kebangsaan Lenjang.


Bantuan Yang Diterima
JAKOA telah menyalurkan bantuan unit bangunan premis perniagaan yang bernilai RM20,000.00 kepada beliau untuk memajukan perniagaan kedai runcit sedia ada dan membina sebuah surau sumbangan daripada ‘non-profit organisation’ yang bernilai RM80,000.00 bagi menambah kemudahan yang ada dan memajukan lagi perusahaan inap desa beliau.

Nazra bin Basir

Nazra bin Basir adalah orang asli yang menetap di perkampungan Orang Asli RPS Kedaik Kuala Rompin, Pahang dan merupakan suku kaum JAKUN.

Selepas menamatkan pengajian selama empat (4) tahun di UTeM, beliau telah mengambil masa selama setahun dalam menentukan bidang kerjaya apa yang ingin diceburi untuk menjamin masa depan. Pada tahun 2015, idea untuk berniaga muncul ketika pihak JAKOA menganjurkan Program Pembentukan Usahawan Orang Asli terutama di kalangan belia dan beliawanis. Program itu memberi pendedahan kepada usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan dan dari situ minat dalam menceburi bidang keusahawanan terbentuk dalam diri beliau.

 

Bantuan Yang Diterima
Beliau mengusahakan produk berasaskan minyak kayu gaharu sebagai satu asas dalam menghasilkan produk hiliran minyak wangi kayu gaharu dibawah jenama “Fenomena Gaharu”. Produk ini mampu dibangunkan melalui pengalaman dan latihan yang dipelajari daripada kursus serta program yang dianjurkan oleh pihak JAKOA serta beberapa agensi Kerajaan yang lain seperti MARA, TEKUN, MTIB, KPLB dan MOSTI.

PERAK

Perak

Pandak bin Ngah

Pandak bin Ngah adalah usahawan Orang Asli yang berasal dari Kampung Bukit Cermin, Bendang Kering, Kuala Kangsar dan berketurunan suku kaum Temiar.


Beliau merupakan usahawan Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam membuat produk tongkat ali, tongkat ali hitam, raja kayu, kayu tas, pelbagai ubat tradisional (capsul herbal), akar resdung, nyiru, pelbagai jenis rotan, buluh dan sumpitan. Beliau membangunkan modal perniagaannya bermula dengan hasil jualan racikan herba tongkat ali dan kacip Fatimah yang dibungkus sendiri. Beliau mendaftarkan syarikat pada tahun 20 April 2017 dan mengembangkan perniagaannya dengan menjalankan perkhidmatan pengangkutan murid-murid Orang Asli dari Kampung Orang Asli Bukit Cermin ke Sekolah Kebangsaan Bendang Kering dan Sekolah Menengah Sayong Perak.  Beliau juga menjalankan perniagaan menjual dan membeli madu kelulut asli serta memborong sarang lebah kelulut.  Dengan berkat usaha hasil produk tersebut, kini beliau mampu menjana pendapatan lebih kurang RM5,000.00 setiap bulan.

Bantuan Yang Diterima
Majlis Daerah Kuala Kangsar telah menyediakan ruang niaga di hentian rehat dan rawat Sungai Perak bagi Orang Asli menjalankan perniagaan. Beliau juga telah menerima sumbangan mesin pemotong dan penghancur tongkat ali untuk menambahkan kapasiti pengeluaran produk syarikatnya.

Johor

Yazli Shah bin Asman

Yazli Shah bin Asman adalah seorang usahawan Orang Asli yang berasalPicture1 dari Kampung Orang Asli Felcra Sg Layau Berhad, Johor. Beliau berketurunan suku kaum Kuala.  Beliau merupakan seorang usahawan bakeri yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (JM0882247-K).  Permulaan perniagaan hanya dimulakan dari rumah pada tahun 2015, kemudian beliau telah mula mengedarkan ke beberapa buah tempat seperti Sekolah Kebangsaan Nong Chik Johor Bahru, Kilang Toyota Larkin, Klinik Kesihatan Pengerang, Klinik Kesihatan Sg Rengit, Sekolah Menengah Semenchu, Sekolah Agama Sg Layau, Kedai Runcit Semencu dan Kedai Runcit Taman Perling Johor Bahru.  Antara produk makanan yang diusahakan adalah membuat roti, kek, bahulu, cookies, kerepek jejari pedas, keju leleh, durian crepe dan pelbagai lagi.

Bantuan Yang Diterima
Beliau telah menerima bantuan premis berjumlah RM45,000.00 dan bantuan peralatan berjumlah RM5,000.00.  Selain itu juga beliau menerima bantuan sumbangan oven heavyduty dua (2) layer.


Latihan dan Kursus

  1. Kursus Coklat Buatan Tangan Anjuran JAKOA pada 14-15 Ogos 2019;
  2. Kursus Promosi Produk Pemasaran kepada usahawan bimbingan FELCRA Berhad pada 20-22 Oktober 2020;
  3. Kursus Asas Keusahawanan Bersama INSKEN oleh JAKOA pada 21-23 Oktober 2021;
  4. Bengkel Pmerkasaan Usahawan Melalui Reka Bentuk Pembungkusan Bersama SIRIM oleh JAKOA pada 8-9 September 2021;
  5. Sembang Kampung@KPLB oleh Institut Kemajuan Desa pada 7 September 2021

Kelantan

Mariam Binti Marijah

mariamMARIAM BINTI MARIJAH adalah seorang Usahawan ubat herba dan tradisional Kg Teranek, RPS Kuala Betis, Kelantan. Beliau berketurunan suku kaum temiar dan  merupakan usahawan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau telah memulakan perniagaan menghasilkan produk kraftangan, ubat herba dan tradisional secara kecil-kecilan di sekitar bandar Gua musang pada tahun 1993. Kesungguhan dan komitmen beliau meneruskan perniagaan tersebut telah mendapat perhatian pihak JAKOA untuk membantu beliau dengan memberi khidmat nasihat dan bantuan peralatan di bawah program bimbingan usahawan pada tahun 2020. Beliau juga adalah usahawan yang terpilih di Kelantan menyertai Karnival Usahawan Orang Asli kerana produk beliau sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Antara Produk beliau pasarkan adalah seperti kraftangan buatan dari hasil hutan, akar belang, tongkat ali, susu rimau, kacip fatimah, tali tekak biawak, ubi jaga, kulat, susu rimau, ali hitam, akar belang, tali temtop, rempah gunung, bunga pakma, misai ali, ubi segugut dan kemuning. Sehubungan itu, beliau juga telah menyertai pelbagai kursus dan motivasi.

BILKURSUSTAHUNTEMPAT
1SEMINAR USAHAWAN DAN KOPERASI2016INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
2PEMBANGUNAN MINDA WANITA DAN KEMAHIRAN KRAFTANGAN GETAH EVA2006PERTUBUHAN PELADANG LAHAR BUBU S.P.U
3BENGKEL BIMBINGAN TEKNIK ANYAMAN MENGKUANG2005RPS KUALA BETIS, KELANTAN