Page 19 - pelan_oacp_jakoa
P. 19
19
MASYARAKAT
ORANG ASLI
Senoi
menetap di bahagian tengah
semenanjung
Suku kaum
Temiar, Mah Meri, Semai, Che Wong,
Semoq Beri dan Jahut
Melayu Proto (atau Melayu Asli)
menetap di wilayah selatan semenanjung
Suku kaum – Temuan, Semelai, Orang Laut (Kuala),
Orang Kanaq, Orang Seletar dan Jakun
Semang (atau Negrito)
biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan
hingga ke bahagian utara semenanjung.
Suku kaum
Mendriq, Kensiu, Bateq, Kintaq, Jahai dan Lanoh
Sehingga tahun 2022, terdapat 853 buah kampung Orang Asli yang diiktiraf oleh JAKOA. Daripada jumlah berkenaan
308 buah kampung berada di kawasan pedalaman, 539 buah kampung berada di kawasan pinggir dan 6 buah kampung
berada di kawasan bandar.
Masyarakat Orang Asli dipimpin oleh Batin atau Penghulu yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta
134) Seksyen 16(1).
Selain itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) telah diwujudkan bagi
membantu kelancaran pembangunan dan kemajuan sosioekonomi masyarakat Orang Asli sebagaimana peranan JKKK di
perkampungan tradisional yang lain.