Kunjung Hormat Bagi Sesi Perbincangan Bantuan Pendidikan Murid Orang Asli Negeri Perak

24 September 2020 (khamis), Yayasan Perak – Kunjung Hormat Bagi Sesi Perbincangan Bantuan Pendidikan Murid Orang Asli Negeri Perak.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara JAKOA dan pihak pentadbiran YAYASAN PERAK. Di samping itu juga melalui pertemuan ini ke dua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan mengenai peluang dan bantuan-bantuan pendidikan yang boleh disalurkan kepada Murid Orang Asli mengikut kelayakan yang sesuai bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Perbincangan kali ini dipengerusikan oleh Pengurus Yayasan Negeri Perak, Tuan Azrul Sani bin Ibrahim diiringi pegawai-pegawai kanan YAYASAN Perak manakala JAKOA diwakili oleh Timbalan Pengarah 1 Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan JAKOA Malaysia En. Mohd Suhairy bin Ghani, Ketua unit IPT Cik Nur Amalia bt Manan, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Sosial Negeri Perak Cik Nor Laila bt Johari dan En.Mohd Syuhairi bin Ismail.
Kemaskini Terakhir : 25 / 10 / 2020 12:00 AM