Perubahan nama kepada JAKOA telah memperluaskan lagi peranannya ke arah pembentukan masyarakat Orang Asli yang lebih progresif dan dinamik selari dengan Visi JAKOA iaitu, Organisasi penggerak yang unggul dalam memajukan masyarakat Orang Asli setanding masyarakat perdana.
Ia boleh dilaksanakan melalui pendekatan pembangunan secara inklusif yang melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Tujuannya adalah untuk mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluaskan kemudahan prasarana dan amenitisosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih baik, melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik serta pemuliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli.