Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Majlis Penyerahan Komputer Riba & Tablet Bagi Pelajar Orang Asli Taman Desa Kemandol

KUALA LANGAT – Seramai 75 orang pelajar Sekolah Menegah telah menerima komputer riba dan 166 orang pelajar Sekolah Rendah menerima tablet untuk keperluan pembelajaran.
 
Pembelian komputer riba dan tablet tersebut adalah menggunakan Akaun Wang Amanah.
 
Penduduk KOA Taman Desa Kemandol telah berpindah ke penempatan baru ekoran dari pengambilan tanah dari Syarikat Permodalan Negeri Selangor dan Akaun Wang Amanah telah diperuntukan kepada KOA Taman Desa Kemandol bagi kegunaan pendidikan dan kebajikan.
 
Semoga dengan pemberian peralatan pembelajaran ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar Masyarakat Orang Asli khususnya di KOA Taman Desa Kemandol untuk lebih bersemangat menimba ilmu serta memberi dorongan untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran.
 
Pihak jabatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri Besar Selangor Incorporated kerana telah menyumbangkan Data Internet Selangor Di Bawah Pakej Kita Selangor 2.0 kepada 166 orang penerima tablet.
 
Sumber : JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
 
Last Updated : 1 / 01 / 2022 12:51 PM