Majlis Perlantikan Dan Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Renjer Hidupan Liar Di Bawah Perlaksanaan ???????????? ?????????? & ?????????? ????????? (??3)

[MAJLIS PERLANTIKAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN RENJER HIDUPAN LIAR DI BAWAH PERLAKSANAAN π΅πΌπ‘‚π·πΌπ‘‰πΈπ‘…π‘†πΌπ‘‡π‘Œ 𝑃𝑅𝑂𝑇𝐸𝐢𝑇𝐼𝑂𝑁 & 𝑃𝐴𝑇𝑅𝑂𝐿𝐿𝐼𝑁𝐺 𝑃𝑅𝑂𝐺𝑅𝐴𝑀𝑀𝐸 (𝐡𝑃3)].
Β 
Pihak Kerajaan memandang serius isu berkaitan pemburuan haram yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan telah bertekad menggempur sepenuhnya pemburuan haram agar kejadian seperti kematian Awang Rasau akibat ditembak 8 butir peluru oleh pemburu haram tidak berulang kembali.
Β 
Oleh itu, seramai 111 orang asli telah dilantik sebagai sebagai renjer hidupan liar di bawah π΅π‘–π‘œπ‘‘π‘–π‘£π‘’π‘Ÿπ‘ π‘–π‘‘π‘¦ π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘‘π‘’π‘π‘‘π‘–π‘œπ‘› & π‘ƒπ‘Žπ‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘™π‘–π‘›π‘” π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘šπ‘šπ‘’ (BP3) baru-baru ini bagi memastikan setiap inci kawasan perlindungan hidupan dijaga seterusnya akan membanteras habis-habisan pemburuan haram di Semenanjung Malaysia.
Β 
Renjer hidupan liar ini akan menjalankan rondaan di Banjaran Titiwangsa yang terletak di 3 buah negeri di Perak, Pahang dan Kelantan. Kepakaran orang asli yang mahir tentang selok-belok hutan dapat membantu Jabatan PERHILITAN menjejaki dan menggempuar kawasan tumpuan pemburuan haram dengan lebih pantas. Jabatan PERHILITAN juga memohon orang ramai menjadi mata dan telinga Kerajaan dengan menyalurkan sebarang maklumat jenayah hidupan liar ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN di 1800-88-5151.
Β 

Terima kasih JAKOA ucapkan kepada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia semoga kerjasama erat sebegini terus berkekalan untuk manfaat masyarakat Orang Asli. #jakoamalaysia #tugasmulia

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, March 8, 2021
Kemaskini Terakhir : 9 / 04 / 2021 12:00 AM