Kebudayaan & Warisan

Laman Utama » Orang Asli » Kebudayaan & Warisan

Kebudayaan & Warisan

Kejayaan Tahun 2021

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan melalui Unit Warisan dan Budaya/ Muzium Orang Asli bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan pengumpulan, pemuliharaan dan penyelidikan koleksi artifak, pameran, program dan aktiviti kebudayaan, kesenian dan pengetahuan tradisional dalam memartabatkan warisan Orang Asli di negara ini.

 

image001

 

Pada 7 Januari 2021 hingga 9 Januari 2021, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JAKOA Negeri Perak dan Kedah  serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan lawatan  ke Muzium Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan perbincangan  dan melihat kerjasama yang boleh dijalankan diantara JAKOA, Muzium Perak dan DBP. Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Pengarah Muzium Perak dan mengadakan perbincangan  antara JAKOA, Muzium Perak dan DBP.  Program diteruskan dengan lawatan ke Pameran Sementara Orang Asli “Identiti dan Tradisi”  dan Perpustakan Muzium Perak untuk melihat buku-buku dan jurnal berkaitan masyarakat Orang Asli.  Hari kedua, program penyelidikan diteruskan di galeri pameran dan  Perpustakaan  di Muzium Perak yang  banyak menempatkan koleksi artifak dan buku nadir tentang masyarakat Orang Asli di negara ini.

 

Pegawai-pegawai dari JAKOA dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  mengadakan perbincangan untuk program kerjasama bersama pegawai Muzium  Perak

 

Pegawai-pegawai dari JAKOA dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendengar taklimat dalam lawatan berpandu di Muzium Perak  

 

  Pegawai-pegawai dari JAKOA dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melihat koleksi buku nadir  untuk tujuan penyelidikan Orang Asli di negara ini

 

 

image008

 

Pada 21 Februari 2021, satu program Rakaman Live untuk Siaran Tertunda Sempena Program Jelajah Rentak Selangor 2021 telah diadakan di Auditorium Muzium Orang Asli Gombak, Selangor anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Kebudayaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).  Program yang julung kali diadakan dalam  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan untuk menyemarakkan dan mengetengahkan seni, budaya dan warisan dari pelbagai komuniti dan kaum di Negeri Selangor.  Kumpulan Kebudayaan Bah Bola antara yang terlibat dalam mempromosikan kebudayaan masyarakat Orang Asli dan Muzium Orang Asli Gombak.

Selain itu, kumpulan kebudayaan Masyarakat Minang dan muzik asli turut dipersembahkan bagi rakaman di Auditorium Muzium Orang Asli ini.  Program Rentak Selangor 2021 dilaksanakan dalam format baharu, iaitu dalam bentuk rakaman digital dan live di platform sosial media.  Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Tuan Borhan Aman Shah.

 

Para peserta persembahan Kumpulan kebudayaan Orang Asli, Bah Bola bergambar pada akhir majlis di pentas auditorium   Muzium Orang Asli Gombak

 

Ketua Unit Muzium Orang Asli Gombak, En. Suhaimi bin Osman menerima cenderahati daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Tuan Borhan Aman Shah

 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Tuan Borhan Aman Shah sedang diwawancara wartawan media pada akhir program

 

 

image012

 

Pada 27 Februari 2021, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Selangor Seksyen Sektoral yang dilaksanakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor telah menjemput wakil JAKOA iaitu Unit Muzium Orang Asli Gombak untuk menjayakan program kerjasama Rakaman Semula Persembahan Kumpulan Kebudayaan  Bah Bola mewakili muzium untuk siaran tertunda Kembara Rentak Selangor yang diadakan di Warisan Sound Hall, Batu 8, Kg. Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.  Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 3.00 petang.  Program Rentak Selangor 2021 dilaksanakan dalam bentuk rakaman digital dan live di platform sosial media.

 

Para peserta persembahan Kumpulan kebudayaan Orang Asli, Bah Bola bergambar bersama penganjur pada akhir program rakaman di pentas Warisan Sound Hall, Batu 8, Kampung Sijangkang, Kuala Langat

 

Sesi rakaman persembahan Kumpulan kebudayaan Orang Asli, Bah Bola di pentas Warisan Sound Hall, Batu 8, Kampung Sijangkang, Kuala Langat (gambar kiri) dan  Para peserta persembahan Kumpulan kebudayaan Orang Asli, Bah Bola bergambar bersama penganjur di hadapan Warisan Sound Hall, Batu 8, Kampung Sijangkang, Kuala Langat (gambar kanan)

 

 image016  

 

Pada 18 Oktober 2021 hingga 3 November 2021, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JAKOA Negeri Perak dan Kedah dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) yang mempunyai kepakaran dalam lukisan mural telah melaksanakan projek lukisan mural di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sungai Siput, Perak. Projek yang dijalankan ini bertujuan untuk memperindah dan menceriakan persekitaran luar premis bagi menarik kedatangan pengunjung ke Orang Asli One Stop Centre (OAOSC), Sg. Siput, Perak. Konsep lukisan mural yang dihasilkan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong memaparkan tentang warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Orang Asli di Bawong. Projek lukisan mural ini dibahagikan kepada beberapa konsep dan lokasi seperti ;

 

  1. Lokasi 1 Stesen Bus : Konsep Peralatan Tradisional Masyarakat Orang Asli
  2. Lokasi 2 Laluan Pejalan Kaki : Konsep Tokoh Orang Asli Di Bawong
  3. Lokasi 3 Hotel : Konsep Landskap Alam Semulajadi
  4. Lokasi 4 Galeri Orang Asli Bawong : Konsep Evolusi Pembangunan Bawong
  5. Lokasi 5 Galeri Orang Asli Bawong : Konsep Tokoh Senoi Praaq
  6.  

Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) merupakan pusat sehenti yang akan menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA, Galeri Orang Asli Bawong, Kedai Usahawan Orang Asli, Pejabat Lembaga Koko, Dewan Serbaguna, Terminal Bas dan Teksi serta Pondok Polis bakal menjadi sebuah pusat komersial baharu bagi penduduk dan pengunjung di Sg. Siput, Perak khususnya kepada masyarakat Orang Asli. Projek mural ini diharap dapat menarik pengunjung ke OAOSC dan mampu untuk merancakkan lagi  ekonomi dan sektor eko pelancongan di Perkampungan Orang Asli sekitar daerah Sungai Siput. Kerjasama Strategik di antara JAKOA dengan LPSVN mampu untuk mengangkat dan memartabatkan lagi warisan sejarah dan kebudayaan Orang Asli di negara ini.

 

Gambar di atas menunjukkan lokasi Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sg. Siput yang berfungsi sebagai pusat sehenti kepada penduduk setempat.

 

Gambar-gambar aktiviti pelaksanaan projek lukisan mural di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sg. Siput, Perak

 

Infografik

Kumpulan Kebudayaan

Kumpulan Kebudayaan 2022

Negrito

Mendriq

SUARA GUNUNG

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
KELANTANMENDRIQSUARA GUNUNGKOA Kuala Lah, Gua Musang202015

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Suara Gunung secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan diasaskan oleh Penghulu Kampung Kuala Lah Gua Musang Kelantan, iaitu En Ali Bin Lateh. Kumpulan ini terdiri daripada seorang mengetuai Kumpulan, 2 orang Tok Halak, 8 orang penari serta 8 orang pemain alat muzik.

Penubuhan kumpulan ini adalah bagi mengekalkan warisan kesenian kebudayaan sewang suku kaum mendriqturun temurun. Menurut pengasas kumpulan sewang ini, nama ‘Suara Gunung’ membawa maksud kasih, cinta dan kasih sayang kepada perempuan atau gadis yang dicintai.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Jenis Lagu

Lagu Tradisi Masyarakat Orang Asli berkisarkan rezeki di Hutan.  Antara lagunya ialah :

1)    Bunga Vese Dandan

2)    Sarina Tanjung

 

Jenis Tarian

Tarian Suku Kaum Etnik Orang Asli Mendriq.

 

Jenis Alat Muzik

Alat Muzik yang digunakan berasaskan dari buluh dan tali.

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Saguhati penyertaan persembahan dalam program ‘Gegar Sewang’ anjuran JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 2016 bertempat di UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Saguhati penyertaan persembahan dalam program ‘Gegar Sewang’ anjuran JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 2015 bertempat di Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan.
  • Mendapat Anugerah Khas Persembahan Tarian Kreatif dalam program ‘Gegar Sewang’ pada tahun 2015.

 

 

LAMPIRAN GAMBAR

 

Persembahan kumpulan kebudayaan Suara Gunung dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Bateq

SARIJAM TANJUNG

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
KELANTANBATEQSARIJAM TANJUNGKOA KG. ARING 5, POS LEBIR, KUALA KRAI, GUA MUSANG202014

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Sarijam Tanjung secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan oleh Penghulu Kampung Aring 5, Pos Lebir Kuala Krai Kelantan, iaitu En Raina Bin Anjang. Kumpulan ini terdiri daripadaseorang mengetuai Kumpulan, 3 orang Tok Halak, 8 orang penari serta 6 orang pemain alat centong muzik.

Penubuhan kumpulan ini adalah bagi mengekalkan warisan kesenian kebudayaan sewang suku kaum bateq turun temurun. Menurut pengasas kumpulan sewang ini, Nama Sarijam Tanjung bermaksud mencari kemajuan dan kehidupan yang lebih baik bermula dari bukit hinggalah ke lembah jua.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Jenis  Lagu

Lagu Tradisi Masyarakat Orang Asli berkisarkan rezeki di Hutan.  Antara lagunya ialah :

1)    Besen bermaksud Mengajak

2)  Kod Angkod (bermaksud mencari rezeki)

1)    Sajak (Doa setiap kali sewang diadakan )

 

Jenis Tarian

Tarian Suku Kaum Etnik Orang Asli Bateq :

1.    Tarian Sambutan Mengajak

2.    Tarian Sambutan Tahun Baru

3.    Tarian Sambutan Musim Bunga

4.    Tarian Sambutan Buah Buahan

 

Jenis Alat Muzik

Kebanyakan Alat Muzik yang digunakan berasaskan buluh dan  bahan terpakai adalah seperti :

1.    Centong (dibuat daripada buluh)

2.    Gendang (dibuat daripada baldi dan kulit binatang)

3.    Kodex (dibuat daripada buluh)

4.    Charm (dibuat daripada buluh)

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan jemputan di program Ekspo Terengganu 2018 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Gong Badak, Terengganu.
  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Menyertai persembahan jemputan di program Fiesta Etnik sempena Minggu Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Kelantan pada 23 September 2017 di Tumpat, Kelantan.
  • Menyertai persembahan jemputan di program Karnival Usahawan orang Asli (KUOA 2016) di Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun 2016.
  • Naib Johan persembahan dalam program ‘Gegar Sewang’ anjuran JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 2016 bertempat di UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Johan persembahan dalam program ‘Gegar Sewang’ anjuran JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 2015 bertempat di Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan.

 

LAMPIRAN GAMBAR

 

Persembahan kumpulan kebudayaan Sarijam Tanjung dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Senoi

Semai

SENG SIYOK-SERAYOK

 

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
PERAKSEMAISENG SIYOK-SERAYOKKOA POS DIPANG, SAHOM, KAMPAR142010

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Seng Syiyok-Serayok ditubuhkan pada tahun 2010 yang tediri daripada suku kaum Orang Asli Semai Negeri Perak yang tinggal di Kampung Orang Asli (KOA) Pos Dipang, Sahom, Kampar, Perak. Kumpulan ini terdiri daripada 14 orang iaitu 10 orang perempuan dan 4 orang lelaki.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tajuk Lagu

Selamat Datang , Teguh Bersatu

 

Jenis Tarian

Sewang

 

Jenis Alat Muzik

Buluh

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Saguhati penyertaan program ‘Apresiasi Bahasa dan Sastera bersama Masyarakat Orang Asli dan Pertandingan Seni Budaya Masyarakat Orang Asli’ peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.
  • Johan penyertaan program ‘Apresiasi Bahasa dan Sastera bersama Masyarakat Orang Asli dan Pertandingan Seni Budaya Masyarakat Orang Asli’ peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.
  • Johan penyertaan program Karnival Sukan dan Kebudayaan Orang Asli Negeri Perak yang diadakan pada tahun 2011.

 

 

BAH BOLA

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
SELANGORSEMAIBAH BOLAUlu Jelai, Kuala Lipis (kini Gombak Batu 12, Selangor)202001

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Orang Asli dikenali dengan nama Kumpulan Bah Bola mereka adalah kumpulan dari Suku Semai yang berasal dari Ulu Jelai Kuala Lipis Pahang. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2001 dan aktif sehingga ke hari ini, kumpulan ini dianggotai hampir 160 ahli dianggotai Penari Sewang Lagu tradisional Orang Asli. Lagu Bertajuk Bah Bola menjadikan Kumpulan Bah Bola dikenali dari kanak kanak sehingga orang dewasa. Kumpulan Bah bola selalu dijemput mengadakan persembahan di pelbagai agensi kerajaan bahkan agensi swasta.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tajuk Lagu

Bah Bola

 

Jenis Tarian

Jenjung

 

Jenis Alat Muzik

Buluh, Gendang, Salet

 

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai kesemua program anjuran jabatan, agensi kerajaan, kementerian, agensi swasta dan sebagainya.

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

Rakaman Kumpulan Bah Bola untuk siaran tertunda Pesta Rentak Selangor yang diadakan di Warisan Sound Hall, Batu 8, Kg. Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

 

Rakaman Live untuk Siaran Tertunda Sempena Program Jelajah Rentak Selangor 2021 telah diadakan di Auditorium Muzium Orang Asli Gombak, Selangor

 

Temiar

TERENLOI

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
PERAKTEMIARTERENLOIKOA POS RAYA, JLN. RAYA SIMPANG PULAI-CAMERON HIGHLANDS202008

 

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan sewang Terenloi ditubuhkan pada tahun 2008. Kumpulan ini terdiri daripada masyarakat Orang Asli Temiar yang menetap di perkampungan Orang Asli Pos Raya jalan raya Simpang Pulai – Cameron Highlands.Ia diketuai oleh Tok Batin perkampungan itu sendiri iaitu Batin Ayob bin Alang yang dianggotai oleh               7 orang penari, 4 orang pemain Centong dan 2 orang pemain gendang, gong dan          4 orang Tukang karut (Tok Halak).

Selain itu, kumpulan Terenloi ini sangat bergiat aktif dan sering menerima jemputan persembahan dan kunjungan daripadas pelbagai agensi dan pusat pendidikan dari dalam dan luar negara. Kumpulan sewang ini juga telah disenaraikan dalam kumpulan kebudayaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negferi Perak.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tarian Leng Long Leng

Tarian yang mengalu-alukan selamat datang kepada tetamu dan dinyanyikan dengan tarian serta perasaan yang sangat gembira seolah-olah kehadiran tetamu tersebut sangat bermakna dan menyinari kehidupan mereka. Tarian ini juga adalah  untuk mengenang budi yang baik dan tidak akan dapat dilupakan oleh mereka.

 

Tarian Hiburan Pengantin dan Keraian

tarian yang ditarikan dan dinyanyikan sebagai doa dan harapan serta  meraikan pasangan pengantin baru dengan lirik-lirik yang di dendangkan adalah lebih kepada kehidupan yang baik pada masa akan datang. Memberi pesanan ke arah kebaikan dan kesejahteraan serta kebahagiaan hidup.
Tarian Bunga Tahun Tarian ini adalah lebih menjurus kepada kepuasan di dalam aktiviti pertanian yang telah dijalankan sepanjang tahun dan mengenang kembali jerit perih bagaimana mereka dapat menyelesaikan tanaman dalam keadaan susah payah sehingga mereka memungut hasil. Kebiasaannya tarian ini dilakukan  pada setiap kali sambutan JIS PAI (tahun baru).

 

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Menyertai persembahan ‘Festival Kesenian di Pulau Pangkor pada 8 Disember 2016.
  • Menyertai persembahan ‘Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Antarabangsa 2016’ yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
  • Menyertai persembahan program ‘Merakyatkan Seni Kebudayaan Adat Perkahwinan Orang Asli Temiar anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak tahun 2016.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Anatarabangsa’ pada tahun 2015.
  • Menyertai persembahan sempena ‘Mini Karnival Usahawan Orang Asli’ pada tahun 2015.
  • Menyertai persembahan sempena ‘Karnival Usahawan Desa 2014.’
  • Menyertai persembahan sempena ‘Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak’ pada tahun 2013.
  • Tempat Keempat dalam Pertandingan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 dan 2014.

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

Mahmeri

SERI PANGGUNG

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
SELANGORMAHMERISERI PANGGUNGKOA SUNGAI JUDAH, PULAU CAREY112012

 

 

LATAR BELAKANG

 

Sebelum ditubuhkan secara rasmi, tarian Jo’oh telah wujud sekitar tahun 70-an. Pada tahun 2012, Kumpulan Jo’oh Sungai Judah ditubuhkan secara rasmi dan telah dikomersialkan menjadi kumpulan Jo’oh Seri Panggung. Kumpulan ini yang diketuai oleh Encik Daiman bin Peron telah mewarisi tarian ini daripada keluarga beliau dan mula bergiat aktif dari tahun 2010.

Jo’oh ini dipersembahkan hanya pada musim perayaan, adat perkahwinan orang asli dan adat kepercayaan dusun hutan. Namun, kini tarian Jo’oh telah dipersembahkan dalam acara-acara lain juga seperti menyambut tetamu, pertandingan dan juga merupakan salah satu bentuk hiburan masyarakat orang asli. Kumpulan ini juga menerima jemputan daripada pelbagai agensi untuk membuat persembahan.

Kumpulan Seri Panggung terdiri daripada 5 orang penari dan 5 orang pemain alat muzik. Tarian ini di persembahkan oleh masyarakat orang asli suku kaum Mah Meri di Pulau Carey.

 

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tajuk Lagu

Gabus, Cekak Musang, Ganding, Dondong Tarian Jo’oh

 

Jenis Tarian

Sewang

 

Jenis Alat Muzik

Gendang (Tambo), Tawak, Biola (Jule),          Tengkeng (Buluh)

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) anjuran Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW) pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Festival Antarabangsa Kesenian Orang Asli & Peribumi’ pada tahun 2016 peringkat antarabangsa.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Georgetown Festival 2016’ pada tahun 2016.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Singapore International Festival of Music 2016’ pada tahun 2016 peringkat antarabangsa.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Pusaka Evenings at Publika : The Mah Meri of Pulau Carey’ pada tahun 2015 peringkat kebangsaan.
  • Menyertai persembahan dalam program ‘Pertandingan Seni Budaya Masyarakat Orang Asli, Apresiasi Bahasa & Sastera bersama Masyarakat Orang Asli’ pada tahun 2014 peringkat kebangsaan.
  • Naib Johan dalam ‘Pertandingan Seni Budaya Masyarakat Orang Asli sempena Bulan Bahasa Kebangsaan’ pada tahun 2012 peringkat kebangsaan.peringkat antarabangsa

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

 

Melayu Proto

Temuan

LANOK KG. PARIT GONG (KPG)

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
NEGERI SEMBILANTEMUANLANOK KG. PARIT GONG (KPG)KOA KG. PARIT GONG, SIMPANG PERTANG, JELEBU151997

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan sewang Lanok Kampung Parit Gong yang bermula dari Kampung Orang Asli Parit Gong, Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan ini ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Tok Jenang bersama barisan Lembaga Adat yang diketuai oleh Tok Batin.  dari Pada awalnya dianggotai seramai 20 orang. Kumpulan ini diaktifkan semula pada pada tahun 2010 dengan dianggotai seramai 15 orang peserta. Sebahagiannya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah dari kalangan generasi muda untuk bersama-sama mempertahankan seni budaya warisan mereka.

Pada ketika ini, kumpulan sewang Kampung Parit Gong masih terus aktif menghadiri beberapa jemputan majlis dan program dari Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Pusat, program bersama Jabatan Kebudayan Kesenian Negara, Negeri Sembilan dan Pusat, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tajuk Lagu

Sepam Lanok, Bujang Runyung, Tiong Batuk, Rebung Betung, Bunga Cica

 

Jenis Tarian

Sewang (mengikut tajuk lagu)

 

Jenis Alat Muzik

Kayu Kongkong, Buluh Tuntung, Seruling Buluh (Bangbut), Tibung (seruling pendek), Kayu Hentak

 

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Menyertai Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) pada tahun 2017 di Wisma Selangor Dredging, Kuala Lumpur.
  • Penggambaran video klip sewang ucapan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2017.
  • Menyertai Karnival Usahawan OA di Seremban Prima, Negeri Sembilan pada tahun 2016.
  • Undangan jemputan persembahan di Majlis Ulang Tahun YTM Dato’ Undang Rembau 2016 bertempat di Dataran Rembau, Negeri Sembilan.
  • Menyertai Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
  • Menyertai ‘Folklore International Festival 2015’ di Padang MPS Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 2015.
  • Menyertai Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA 2015) bvertempat di Mydin Seremban2, Negeri Sembilan pada tahun 2015.
  • Menyertai program Sewang dalam Bahasa Kebangsaan (Kempen Bahasa Kebangsaan) bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) KL pada tahun 2014.
  • Menyertai Malam Gala Kebudayaan anjuran Pejabat Daerah Jelebu di Dewan SMUJ Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 2014.
  • Mendapat Anugerah Pendukung Seni daripada Kerajaan Negeri Sembilan berupa sijil dan wang tunai RM5,000 pada tahun 2012.
  • Menyertai Program Tarian Randa (Tarian Moden dan Tradisional) di Kompleks Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara Negeri Sembilan pada tahun 2012.
  • Menyertai ‘Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Sabah dan Sarawak’ di Kepong, Kuala Lumpur pada tahun 2011.

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

Anugerah Pendukung Seni dari Kerajaan Negeri Sembilan disampaikan oleh Dato’ Seri Dr. Rais Yatim bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Seremban,  Negeri Sembilan pada tahun 2012.

Gambar bersama penerima-penerima Anugerah Pendukung Seni Negeri Sembilan, penulis, pelakon, Dewan Adat Perpatih Negeri Sembilan dan kumpulan-kumpulan kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan pada tahun 2012.

 

 

 

WARISAN ANAK DAMAK

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
NEGERI SEMBILANTEMUANWARISAN ANAK DAMAKKOA LANGKAP DANGI, JEMPOL182008

 

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Warisan Anak Damak merupakan sebuah Kumpulan Tarian Kebudayaan Masyarakat Orang Asli yang berasal dari suku kaum Temuan yang menetap di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, Jempol. Penubuhan Kumpulan Warisan Anak Damak bermula pada tahun 2008 di mana pada tahun tersebut kumpulan ini menggunakan nama “ Puteri Damak “. Namun pada tahun 2010, kumpulan ini telah menukar nama kumpulan dan mengantikan nama kepada “Warisan Anak Damak “. Kumpulan ini terdiri dari 18 orang ahli termasuk ahli muzik.

Semenjak penubuhan kumpulan ini, pelbagai program dan pertandingan telah turut disertai yang bertujuan untuk mempromosi tarian kebudayaan kumpulan suku kaum Temuan ini. Berikut merupakan anjuran program – program yang telah disertai seperti RTM, Astro, TV Al- Hijrah, pelbagai agensi kerajaan dan program amal – Sek. Keb. Dangi / Sek. Men. Dangi

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

Tajuk Lagu Kisah dan Penerangan

Bujang Manau

 

Kisah sekumpulan pemuda masyarakat Orang Asli pergi ke hutan mencari rotan manau.

Tari Gadis

 

Kisah anak-anak gadis menari di majlis keramaian
Tinggal Kenangan (Batu Gajah)Kisah seorang pemuda membawa hati yang lara mendayung sampan menuju ke Hulu Sungai Endau sehingga menghilang di tempat yang bernama Batu Gajah
Siapa DiaKisah memuji seorang pemuda kampung yang berkulit hitam manis
Ke BaruhKisah gadis-gadis pergi bermandi-manda di sungai

 

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

 

 

 

LUBUK BANDUNG

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
MELAKATEMUANLUBUK BANDUNGKOA LUBOK BANDUNG, SIMPANG BEKOH, JASIN16 

 

 

Semelai

SENI BUDI SEMELAI BERA

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
PAHANGSEMELAISENI BUDI SEMELAI BERAKOA Bukit Gemuruh dan sekitar Bera152014

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2014 dengan nama Kumpulan Kebudayaan Orang Asli Bukit Gemuruh Negeri Pahang dan telah menyertai pertandingan menari sempena  Apresiasi Bahasa Dan Sastera Bersama Masyarakat Orang Asli 2014 Peringkat Kebangsaan dengan jumlah ahli termasuk penari, pemuzik, pengurus seramai 18-25 orang.

Namun pada awal tahun 2015, kumpulan ini bersepakat untuk menukar namanya daripada Kumpulan Kebudayaan Orang Asli Bukit Gemuruh kepada Kumpulan Seni Budi Semelai Bera (SBSB) bagi memberI ruang penyertaan keahlian kepada masyarakat Orang Asli Daerah Bera dan tidak tertumpu kepada penduduk Orang Asli Kg. Bukit Gemuruh sahaja dan ada juga daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak diambil sebagai pelapis masa depan.

Kumpulan ini, sering dijemput bagi membuat persembahan di dalam majlis perkahwinan, majlis rasmi daerah, dan juga beberapa kali dijemput membuat persembahan di luar daerah. Pernah menyertai Pertandingan Seni Tari Kreatif Orang Asli sempena Karnival Usahawan Orang Asli Zon Timur di Kuantan Parade pada Mei 2015.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

Tarian Silang Lutut

 

Tarian ini melambangkan dan menceritakan tentang masyarakat Orang Asli Semelai yang menjalankan kehidupan harian mereka.Tarian ini mengandungi unsur:

Orang Asli Semelai yang sedang menjalankan aktiviti kehidupan harian seperti bercucuk tanamdan memburu untuk mencari sumbe rmakanan. Disamping mencintai flora dan fauna yang hampir pupus.

 

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

  • Menyertai persembahan kumpulan kebudayaan dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
  • Jemputan persembahan ‘Dinner The Honourable Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia and Her Excellent, Datin Sri Rosmah Mansor In Honour of His Excellency President of the Republic of the Philiphines’ peringkat antarabangsa.
  • Menyertai persembahan ‘Festival Antarabangsa Kesenian Orang Asli @ Indigenous Arts Festival’ dari tahun 2013 hingga 2016.
  • Jemputan persembahan sempena ‘Mini Karnival @KUD Bera (Karnival Usahawan Desa)’ peringkat kebangsaan.
  • Saguhati persembahan sempena ‘Karnival Orang Asli’ di Kuantan peringkat Zon Pantai Timur.

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

 

 

Orang Seletar

SELETAR LAUT

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
JOHORORANG SELETARSELETAR LAUTKOA SUNGAI TEMUN, SUNGAI DANGA, JOHOR BAHRU252010

 

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan Kebudayaan Orang Asli Seletar Laut terdiri daripada etnik Orang Asli Seletar yang berasal dari perkampungan Orang Asli Sungai Temun, Sg. Danga, Johor Bahru. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada tahun 2010 dan di beri nama ”Seletar Laut”. Kumpulan kebudayaan ini di ketuai oleh En. Jahan Bin Tom selaku penyanyi utama dan pemuzik.

Kebudayaan dan kesenian dan tarian Kebudayaan Seletar Laut banyak dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan mereka. Oleh itu unsur alam semulajadi dan hidupannya seperti laut, ombak, angin, ketam, kepah, siput dan sebagainya yang berkait rapat dengan kehidupan mereka sebagai nelayan pantai merupakan sumber ilham dalam menghasilkan senikata lagu dan gerak tari.

Kumpulan ini juga pernah mewakili JAKOA Negeri Johor  dalam Pertandingan ”Apresiasi Bahasa & Sastera Bersama Masyarakat Orang Asli & Pertandingan Seni Budaya Masyarakat Orang Asli” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 7 November 2012 bertempat di Auditorium, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Kumpulan kebudayaan ini telah mendapat tempat ke-2 di dalam pertandingan tersebut.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Tajuk Lagu

Ketam Jengkeng, Dayung-dayung, Ombak-ombak, Kami Orang Asli Seletar (Kamiq Kon Seletar)

 

Jenis Tarian

Sewang

 

Jenis Alat Muzik

Congga, Bonggo, Darabuka, Buluh Catong,            Kayu Jati, Kelapa

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

Gambar persembahan tarian di Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan wilayah tahun 2015.

 

Jakun

SERI TEREH

 

 

NEGERI SUKU KAUM NAMA KUMPULAN KAMPUNG ORANG ASLI (KOA), DAERAHBILANGAN AHLI KUMPULAN TAHUN PENUBUHAN
JOHORJAKUNSERI TEREHKLUANG302003

 

 

 

LATAR BELAKANG

 

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pada asalnya nama lagu yang di tarikan adalah Mak Nure. Namun lagu tersebut tidak dapat diteruskan kerana lagu tersebut seperti upacara pemujaan. Seterusnya lagu tersebut diganti dengan Seruling Genting yang dinyanyikan oleh para ibu Orang Asli seramai 5 orang dengan diiringi dengan tarian sewang oleh 8 orang penari serta 11 orang pemain alat muzik yang terdiri daripada murid – murid sekolah rendah. Alat muzik yang digunakan pula terdiri dari pada buluh, gendang, kompang serta gong.

Bagi pencapaian persembahan, mereka pernah membuat persembahan sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Thailand dan Indonesia.

 

JENIS LAGU / TARIAN DAN ALAT MUZIK

 

 

Jenis Lagu

Seuling Genting, Air Pasang Purnama

 

Jenis Tarian

Sewang

 

Jenis Alat Muzik

Buluh, Gendang, Kompang serta Gong

 

  

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

 

Persembahan kumpulan Seri Tereh dalam program Karnival Orang Asli (KOA 2017) anjuran JAKOA pada tahun 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

 

Infografik