Pemakluman Penutupan Sementara Pejabat JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Bagi Menjalankan Aktiviti Sanitasi Bangunan Darul Ehsan

Rujukan: JAKOA/SEL/BA1(S).021(39)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

 

Prof/Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT JAKOA NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI SANITASI BANGUNAN DARUL EHSAN

 

Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Untuk makluman tuan/puan, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akan ditutup sementara bermula hari ini 13 Januari 2021 (Rabu) sehingga 14 Januari 2020 (Khamis) bagi memberi laluan untuk aktiviti kerja-kerja sanitasi bangunan susulan kes positif Covid 19 di Aras 5 bangunan ini.

 

3.     Justeru  itu, Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan yang terletak di Aras 22, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akur dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan bangunan (MBI, Menteri Besar Incorporated). 

 

4.     Pejabat JAKOA Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan akan beroperasi seperti biasa pada 15 Januari 2021 (Jumaat). Semua kakitangan yang bertugas di pejabat ini diarahkan Bekerja dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan pejabat. Pejabat JAKOA Daerah adalah beroperasi seperti biasa. Sebarang pertanyaan Prof./ tuan /puan boleh menghubungi talian 016-4427865 atau emelkan kepada zainul.adnan@jakoa.gov.my.

Kemaskini Terakhir : 15 / 01 / 2021 12:00 AM