Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan, En.Mohd Kairil Naim telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang

PORT DICKSON, 4 Ogos 2020 – Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan, En.Mohd Kairil Naim telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang. Lawatan Kerja ini diadakan bertujuan untuk meninjau serta mengenalpasti tahap liputan komunikasi yang terdapat di kampung ini.
Dalam lawatan ini En.Mohd Kairil Naim turut meninjau keindahan kampung serta kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan dan memberikan cadangan kepada Pengerusi MPKK berkaitan perkhidmatan yang boleh diberikan oleh SKMM untuk memajukan lagi kampung dan masyarakat di sini.
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, August 5, 2020
Kemaskini Terakhir : 6 / 09 / 2020 12:00 AM