Page 4 - pelan_oacp_jakoa
P. 4

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI  2022-2026
            Perutusan

            Ketua Pengarah











                                                 Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah
                                                 Organisasi atau  Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)
                                                 Jabatan  Kemajuan Orang  Asli (JAKOA)  2022-2026  dapat
                                                 diterbitkan sebagai panduan kepada warga Jabatan dalam
                                                 mendukung usaha pemantapan integriti, tadbir urus dan
                                                 antirasuah sekaligus menyumbang kepada aspirasi Nasional
                                                 yang menggariskan “Malaysia dikenali kerana integritinya”.


                                                  YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor
                                                  Ketua Pengarah
                                                  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)




            OACP ini adalah satu dokumen antirasuah di peringkat Jabatan yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah
            Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelan ini
            dirangka secara khusus bagi mengatasi permasalahan memfokuskan  kepada integriti, tadbir urus dan  rasuah.  JAKOA
            mendukung sepenuhnya hala tuju murni ini dan komited dalam usaha membasmi rasuah di peringkat akar umbi serta
            memastikan tahap tadbir urus yang baik seterusnya meningkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam secara
            umumnya.

            Besar harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja JAKOA
            daripada   Kumpulan Pengurusan  Tertinggi  hingga  ke peringkat  Kumpulan Pelaksana  supaya setiap individu  dapat
            melaksanakan pelan tindakan ini bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.

            Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga JAKOA yang terlibat khususnya kepada Unit Integriti dan
            Jawatankuasa yang dilantik dalam merealisasikan penghasilan pelan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pelan ini
            menjadi rujukan utama kepada semua warga JAKOA dalam menjalankan tugas serta memberi komitmen padu kepada
            semua inisiatif yang telah digariskan.

            Sekian, terima kasih.

                                                                           Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9