Page 5 - pelan_oacp_jakoa
P. 5

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI  2022-2026
 Perutusan  PERNYATAAN

 Ketua Pengarah  KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI JAKOA


            Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2022 - 2026 merupakan dokumen antirasuah
            yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif bagi membanteras rasuah sejajar dengan aspirasi Kerajaan semasa
            dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya. Pelan ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah
            Nasional (NACP) 2019 - 2023 dan berdasarkan Objektif Strategik 2.1 iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah
            Tadbir Urus Baik.

            Setiap pelan tindakan dan inisiatif yang dibangunkan dalam Pelan OACP JAKOA ini terhasil daripada perbincangan dan
 Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah   sesi brainstorming semasa Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kerangka OACP.
 Organisasi atau  Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)
 Jabatan  Kemajuan Orang  Asli (JAKOA)  2022-2026  dapat   Pengurusan Tertinggi JAKOA amat peka dan konsisten dalam mendukung aspirasi negara agar Malaysia dikenali sebagai
            Kerajaan yang berintegriti. Pelan ini diyakini dapat menangani permasalahan dan kelemahan integriti, tadbir urus  dan
 diterbitkan sebagai panduan kepada warga Jabatan dalam
            antirasuah dalam kalangan warga JAKOA.
 mendukung usaha pemantapan integriti, tadbir urus dan
 antirasuah sekaligus menyumbang kepada aspirasi Nasional   Justeru, Jabatan ini komited dan akan memberikan komitmen sewajarnya bagi memartabatkan budaya kerja berintegriti
 yang menggariskan “Malaysia dikenali kerana integritinya”.  dan tadbir urus yang baik bagi memastikan perkhidmatan sektor awam yang telus dan bebas rasuah.


 YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor
 Ketua Pengarah
 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)




 OACP ini adalah satu dokumen antirasuah di peringkat Jabatan yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah
 Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelan ini
 dirangka secara khusus bagi mengatasi permasalahan memfokuskan  kepada integriti, tadbir urus dan  rasuah.  JAKOA
 mendukung sepenuhnya hala tuju murni ini dan komited dalam usaha membasmi rasuah di peringkat akar umbi serta
 memastikan tahap tadbir urus yang baik seterusnya meningkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam secara
 umumnya.

 Besar harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja JAKOA
 daripada   Kumpulan Pengurusan  Tertinggi  hingga  ke peringkat  Kumpulan Pelaksana  supaya setiap individu  dapat
 melaksanakan pelan tindakan ini bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.

 Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga JAKOA yang terlibat khususnya kepada Unit Integriti dan
 Jawatankuasa yang dilantik dalam merealisasikan penghasilan pelan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pelan ini
 menjadi rujukan utama kepada semua warga JAKOA dalam menjalankan tugas serta memberi komitmen padu kepada
 semua inisiatif yang telah digariskan.

 Sekian, terima kasih.

 Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10