.

Imbas kode QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas QR untuk melayari portal JAKOA di peranti mudah alih anda.

qr code

A A A

Muzium Orang Asli

Idea mewujudkan sebuah muzium bagi mengabdikan sejarah silam serta memelihara warisan budaya masyarakat Orang Asli telah dicetuskan oleh Dr. Baharon Azhar Bin Raffie’i, bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ke-4 (1969 – 1986). Beliau mencadangkan agar kediaman bekas Ketua Pengarah JAKOA dijadikan Muzium Orang Asli. Usaha untuk merealisasikan cadangan ini mengambil masa selama enam (6) tahun bermula dengan kerja menaik taraf dan mengubah suai bangunan serta pengumpulan artifak. Pada 29 September 1987, segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil apabila muzium ini mula dibuka kepada orang ramai. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Melihat betapa pentingnya memelihara serta memulihara warisan dan kebudayaan masyarakat Orang Asli bagi tatapan generasi akan datang, JAKOA telah mengemukakan cadangan untuk membina sebuah bangunan muzium yang baharu pada akhir Rancangan Malaysia Ke-6. Cadangan ini diutarakan bagi menggantikan muzium sedia ada agar sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Pembinaan muzium baharu ini bermula pada 1995 dengan kos RM3.3 juta dan siap sepenuhnya pada 19 Jun 1998. Kerja-kerja pengisian pameran dan perolehan memakan masa hamper dua (2) tahun untuk dilaksanakan dan muzium ini dibuka secara rasminya pada 2 Mac 2000. Majlis perasmian disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

  1. Muzium ini dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi dan sumber yang terdapat di muzium mampu memberikan kefahaman dan menarik minat yang berkaitan sejarah, sastera, sains atau alam semula jadi.
  2. Muzium Orang Asli JAKOA memainkan peranan penting sebagai pemegang amanah warisan negara yang tidak ternilai kepada negara.
  3. Muzium ini berfungsi untuk memulihara dan memelihara artifak-artifak yang berkaitan dengan segala pengetahuan tradisi Orang Asli, dari semua segi dan aspek seperti berikut:

i) Tradisi kebudayaan;
ii) Adat resam dan kepercayaan;
iii) Pantang larang;
iv) Aktiviti perubatan;
v) Upacara perkahwinan;
vi) Aktiviti memburu;
vii) Penggunaan herba-herba dan rawatan tradisional; dan
vii) Cara hidup mereka secara keseluruhannya.

Berikut merupakan antara petikan gambar artifak-artifak yang ada di dalam galeri pameran Muzium Orang Asli JAKOA.

Muzium_Plak Perasmian Muzium Orang Asli JAKOA
Muzium_Jerat Binatang Kecil (Kancil Dan Kijang)
Muzium_Pakaian Masyarakat Orang Asli Dan Aksesori
Muzium_Adat Perkahwinan Orang Asli
Logo JAKOA Logo JAKOA

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 3, West Block,
Wisma Selangor Dredging Berhad (SDB),
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470
Emel Pertanyaan: pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my

Jumlah Pengunjung:

GA Widget - there was a service error 403:Error calling GET https://www.googleapis.com/analytics/v3/data/ga?ids=ga%3A118522076&start-date=2016-02-01&end-date=2017-12-10&metrics=ga%3Avisitors: (403) Quota Error: profileId ga:118522076 has exceeded the daily request limit.464,146

PROBE 2015