Shah Alam, 9 November 2021, – Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor diteruskan ke JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Kehadiran YBrs. Puan Pengarah telah disambut mesra oleh warga kerja JAKOA Selangor.
Pengarah Selangor, En Mohamad Anis Bin Othman diiringi pegawai kanan JAKOA Selangor membawa YBrs. Ketua Pengarah melawat persekitaran pejabat.
Taklimat telah dimulakan dengan pembentangan yang telah disampaikan oleh pengarah Selangor dengan menyentuh isu-isu pentadbiran, peruntukan dan cabaran yang dilalui sepanjang tempoh pandemik ini.
Turut hadir serta di dalam taklimat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) En Saiful Zahlan Bin Mohamad Azmi serta PKOAD dari seluruh daerah Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan.