??????? ?? ????? ?????? & ???????????? OA ?? Kg ????????/???? ?????

Tasek Bera, 2 Oktober 2021 – YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meninjau ke Tapak Ramsar dan kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan / Jeti Sudin sempena penyediaan Bajet 2022.
Β 
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail turut bersama YB Menteri Kewangan serta diiringi oleh YB Tuan Mohd Sahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I serta Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor.
Β 
Lawatan Kerja YB Menteri Kewangan ke Tasik Bera ini bagi melawat tapak Ramsar dan mendengar taklimat ringkas berkenaan pembangunan lestari Tasik Bera bagi memelihara ekosistem semulajadi Tasik Bera disusuli dengan lawatan ke Kampung Orang Asli Limbahan, Bera.
Β 
Semoga hasil Lawatan Kerja ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli dan seterusnya meningkatkan taraf hidup Masyarakat setempat.
Β 
Kemaskini Terakhir : 3 / 10 / 2021 09:39 AM