09 November 2020 ( Isnin) – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Sungai Siput

09 November 2020 ( Isnin), One Stop Centre Bawong, Sungai Siput – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Sungai Siput.
 
Pihak JAKOA Malaysia dan JAKOA Negeri Perak dan Kedah telah membina projek pembangunan bersepadu perkampungan Orang Asli Sg. Siput ( U ) Perak ( Fasa 3 ) Orang Asli One Stop Centre ( OAOSC ) telah siap sepenuhnya dan ia adalah yang pertama di Malaysia.
 
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Sr. Mohd Yusoff bin Othman pengarah kanan cawangan kerja bangunan am 2 JKR Malaysia kepada Ketua Pengarah JAKOA Malaysia prof. Juli a/l Edo dan menandatangani dokumen penyerahan oleh Ir. Hj. Ahmad Shukri b. Abd Rashid jurutera daerah JKR Kuala Kangsar. Turut dihadiri oleh pengarah JAKOA Perak/Kedah, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman bersama timbalan pengarah, pegawai JAKOA daerah Kuala Kangsar, teknikal JAKOA dan pengarah projek Jangka Prestasi Sdn. Bhd. NSC
 
Projek tersebut melibatkan kos berjumlah RM 25,667,532.81 dilaksanakan oleh syarikat Jangka Prestasi Sdn. Bhd.
Projek tersebut akan memberi manfaat kepada golongan sasar Orang Asli kerana mempunyai 10 lot gerai usahawan, terminal bas, dewan dan kompleks pentadbiran.
Kemaskini Terakhir : 10 / 12 / 2020 12:00 AM