100 orang masyarakat OA menerima suntikan vaksin Covid-19 di OAOSC, Sg. Siput, Perak

26 Jun 2021 – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB hadir untuk menyaksikan seramai 100 orang masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin Covid-19 di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC), Sungai Siput, Perak.
 
Daripada jumlah tersebut, seramai 40 orang adalah Tok Batin masyarakat Orang Asli di Daerah Kuala Kangsar manakala 60 orang adalah warga emas masyarakat Orang Asli di sini.
 
Program ini dijayakan melalui kerjasama di antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bas Bergerak MARA Liner, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Hospital Daerah Sungai Siput serta beberapa agensi kerajaan lain untuk melancarkan Kempen Imuniti Berkelompok di Sungai Siput, Perak.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 06 / 2021 04:50 PM