Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

10,862 Masyarakat Orang Asli Selangor Lengkap Vaksin

SEPANG, 21 Sept – Seramai 10,862 individu atau 75.68 peratus populasi dewasa masyarakat Orang Asli di Selangor telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
 
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohamad Anis Othman berkata, seramai 11,874 individu atau 82.73 peratus populasi dewasa masyarakat itu pula telah menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin.
 
“Melihat perkembangan itu, jelas menunjukkan usaha Jakoa bersama dengan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Tok Batin serta komuniti masyarakat dalam menarik mereka menerima vaksin berjaya.
 
Sumber: Kosmo Online
Last Updated : 22 / 09 / 2021 10:48 AM