20 Orang Asli belajar buat pekasam

BENTONG, 10 November 2021 – Seramai 50 peserta termasuk 20 masyarakat Orang Asli menyertai kursus pemprosesan ikan pekasam di Kampung Sungai Dua Olak, di sini semalam.
 
Program julung kali diadakan untuk komuniti Orang Asli itu dianjurkan Jabatan Perikanan Pahang sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.
 
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, sumber ikan sungai yang banyak terdapat di kawasan penempatan mereka menjadi kelebihan kepada peserta menghasilkan produk ikan pekasam.
 
Menurutnya, selain untuk hidangan keluarga mereka juga boleh menjual kepada penduduk setempat bagi menambah pendapatan.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:58 AM